Home » » BERSIH 3.0 NEWS:PANAS!!!! 122 ahli PKR Indera Mahkota sertai BN-UTUSAN MELOYA

BERSIH 3.0 NEWS:PANAS!!!! 122 ahli PKR Indera Mahkota sertai BN-UTUSAN MELOYA

Written By canang on Ahad, 22 April 2012 | 4/22/2012 11:01:00 PG

KUANTAN 21 April — Seramai 122 ahli Parti Keadilan Rakyat (PKR) Cabang Indera Mahkota di sini bertindak keluar daripada parti itu hari ini dengan beralih arah menyertai Barisan Nasional (BN). Daripada jumlah itu, 90 orang menyertai UMNO manakala 32 lagi MIC. Bekas Pengerusi Tetap PKR Indera Mahkota Abdul Hamid Ibrahim berkata beliau sendiri telah jemu dan muak dengan perjuangan yang ditunjukkan oleh parti berkenaan. "Kebanyakan yang mengikuti saya keluar daripada PKR bukan kerana pujuk rayu parti komponen BN tetapi dengan kerelaan hati masing-masing berdasarkan apa yang telah dinilai oleh mereka sendiri,” katanya kepada pemberita. Beliau sebelum itu mewakili kumpulan berkenaan menyerahkan borang untuk menganggotai parti komponen BN yang diterima oleh Ketua Umno Bahagian Indera Mahkota Datuk Hazmi Yusof. Sementara itu, Hazmi berkata penyertaan anggota baru daripada PKR itu merupakan kali kedua dengan yang pertama adalah pada 25 Mac 2010. — BERNAMA
Share this article :

7 ulasan:

Rahmat berkata...

Hahahahaha........modal lama keluar kembali.....nampak gaya nya PKR tinggal DSAI dan keluarga nya sahaja jadi ahli.......

ABU berkata...

hAHAHA..alahai Utusan Munafik..

Unknown berkata...

Salam Tuan

Harap boleh bagi pautan ghaflah.blogspot.com dari blog tuan

terima kasih

Tanpa Nama berkata...

jgn tertipu,dulu penjaga /kakitangan mpk jaga pasar besar, dah pencen tak dak kerja buat dan tak dapat apa apa dari PKR melalut sekejap dengan PKR, sebenar nya malaon ni adalah Ahli UMNO yang masuk umno, org cenderawasih inderamahkota semua tahu, kerah pompuan pompuan india cenderawasih hadir dan bergambar, jemput ahli umno sg. ular sebuah bas hadir bagi meramaikan majlis yang istihar sorang je umno masuk umno..kah kah kah umno tertipu lagi, sedih juga jemput desprado PAS untuk majlis tu tapi takut nak datang..

Tanpa Nama berkata...

kata ada ahli PAS yang kecewa tak dak jawatan nak istihar jugak, ada berani...

Tanpa Nama berkata...

semua tu berlakon belaka, impot dari umno sg. ular , panggil india india bekas kakitangan kerja dia dulu di pasar besar, cenderawasih dah kenal siapa dia..tak jadi hal.. tapi puak puak pas yang jadi desperado tak jadi istihar ke.. ada berani ke.

Tanpa Nama berkata...

semua tu berlakon belaka, impot dari umno sg. ular , panggil india india bekas kakitangan kerja dia dulu di pasar besar, cenderawasih dah kenal siapa dia..tak jadi hal.. tapi puak puak pas yang jadi desperado tak jadi istihar ke.. ada berani ke.

Blogger Widget Get This Widget
 
Support : Creating Website | Johny Template | Mas Template
Copyright © 2011. Cananglahnie - All Rights Reserved
Template Created by Creating Website
Proudly powered by Blogger