Home » » BERSIH 3.0 NEWS:TUKAR TIUB,WAJIB BACA !!! : PENIPUAN DEMI PENIPUAN TELAH DAN SEDANG DI RANCANG!

BERSIH 3.0 NEWS:TUKAR TIUB,WAJIB BACA !!! : PENIPUAN DEMI PENIPUAN TELAH DAN SEDANG DI RANCANG!

Written By canang on Khamis, 19 April 2012 | 4/19/2012 07:27:00 PTG

Sokongan rakyat terhadap Pakatan Rakyat semakin melonjak. Berduyun-duyun warga datang ke ceramah demi ceramah. Penerangan demi penerangan diampohi oleh warga kota dan warga desa. Ombak rakyat Malaysia menuntut perubahan telah sampai. Tidak percaya apa yang saya tulis ini? Sila jengok mana mana ceramah pemimpin Pakatan Rakyat. Lihat dan saksikan sendiri. Kalau dulu yang datang hanya warga miskin kota yang berketayap dan berkain tudung. Hari ini semuanya telah berubah. Pak Haji dan Mak Aji masih datang tetapi ceramah Pakatan Rakyat kini dibanjiri oleh Apek Seluar Pendek, Pak Singh Berserban Tinggi, Amoi Bercelana Pendek, Muthu dan Achi , Ah Soo dan Ah Beng. Ceramah-ceramah ini juga akan dibanjiri oleh Mamat Kancil dan Minah Kelisa, Mat Rempit dengan Cikoronya. Anak muda dan pelajar yang cool kini telah mula membanjari ceramah Pakatan Rakyat. Akta Universiti telah dihampehkan. Kini pelajar bukan saja menjadi ‘pendengar’ malah semakin ramai pelajar naik ke pentas untuk berceramah sama. Hakikatnya ajenda, program dan manifesto Pakatan Rakyat sedang membakar hati penduduk warga kota dan desa. Satu ketika dahulu kerja mengumpulkan 200 orang untuk mendengar penerangan amatlah susah. Hari ini dimana sahaja pemimpin Pakatan Rakyat memberi penerangan dewan akan sesak berasak. Di Johor warga China telah berbondong-bondong meninggalkan Malaysian Chinese Association. Ertinya sokongan wilayah Johor terhadap Barisan Nasional semakin kering. Di Negeri Sembilan keadaan sama sedang berlaku. Pulau Pinang dan Selangor sokongan orang ramai semakin mantap dan kukuh. Di Perak kemarahan rakyat terhadap rampasan kuasa tidak padam padam. Hanya menunggu masa untuk ‘menibai’ kembali. Kedah dan Kelantan di baca sebagai wilayah selamat. Beratus warga penerokan telah bangun menyaman Felda kerana mereka ditipu. Berpuluh-puluh saman warga Felda telah menang di mahkamah. Kalau dulu amat mustahil untuk pemimpin Pakatan Rakyat datang melawat wilayah Felda. Hari ini kawasan Felda – benteng gerombolan United Malays National Organisation - telah ditembusi. Bumi Felda telah mula bergoncang. Kalau bagini bacaan politik hari ini maka jawapannya ialah : Pakatan Rakyat akan mencapai kemenangan besar. Salah - jawapan ini salah. Pandangan dan anggapan ini tidak betul. Sesiapa yang membaca dan mengandaikan Pakatan Rakyat akan menang besar pada PRU13 telah tersilap besar. Di Malaysia ini realpolitik bukan sokongan orang ramai. Realpolitik bukan populariti sesuatu dasar. Realpolitik bukan peti undi yang mendapat sokongan. Justeru sekali lagi saya bawa para pembaca untuk memahami bahawa realpolitik di Malaysia ini adalah realpolitik Dunia Ketiga. Contoh terbaik realpolitik ini ialah kita meneliti kembali apa yang tersirat dan apa sedang di rancang oleh Najib Razak. Kes pertama ialah rampasan kuasa di Perak. Gerombolan United Malays National Organisation telah bersekongkol dengan kuasa feudal untuk menafikan hak rakyat Perak memilih kerajaan sendiri. Ini contoh terbaik tentang realpolitik Dunia Ketiga. Rampasan kuasa di Perak ini diperkuatkan lagi dengan isi ucapan Najib Razak pada bulan Mei 2011. Ucapan ini adalah rasa hati dan tanda-tanda bahawa satu perancangan jahat yang sedang disusun oleh Najib Razak. Pada petang Hari Belia Negara - Najib Razak telah berucap yang dia akan mempertahankan Putrajaya. Kuasa di Putrajaya akan dipertahan walau pun tulang berkecai dan nyawa tercabut. Ucapan seperti ini adalah ucapan Marcos. Ini ucapan Mubarak. Ini bentuk ucapan Saddam Hussein. Ini adalah ucapan politikus yang gila kuasa. Ucapan seperti ini datang dari hati seorang yang terlibat dalam kes bunuh. Ucapan ini lahir kerana rahsia pembunuhannya semakin diketahui ramai. Najib Razak amat sedar bahawa sokongan tehadap partinya kian merosot. Najib sedar keterlibatan dirinya dalam kes pembunuhan Altantuya semakin jelas. Orang ramai tidak lagi yakin terhadap kerajaan yang dipimpin oleh Najib Razak. Bukan sahaja orang ramai yang tidak memiliki keyakinan terhadap najib, malah Daim Zainuddin dan Mahathir Muhamad secara terbuka telah mula merancang untuk mencari pengganti Najib. Mahathir dan Daim melihat Najib yang diberati oleh kerenah Rosmah Mansor ini sedang menjadi beban yang akan menjerut leher United Malays National Organisation. Babak-babak politik ini telah menjadikan United Malays National Organisation sebuah parti yang memualkan dan dibenci oleh orang ramai. Malah warga Malaysia semakin sedar bahawa parti ini akan membawa kemudaratan jika tidak dihumbankan ke dalam tong sampah sejarah. Para pembaca yang mengikuti tulisan saya pada tahap ini wajib sedar bahawa dalam Malayisan realpolitik - sokongan rakyat ini hanya wayang. Peti undi itu hanya sandiwara. Pengundi yang turun membuat undi itu hanya sebuah teater yang dipentaskan untuk menipu mata dunia. Ini adalah realpolitik Dunia Ketiga. Jika tanpa sokongan orang ramai bagaimana Najib Razak akan dapat mempertahankan Putrajaya? Jawapan untuk solan ini cukup senang. Najib Razak telah dan sedang membuat perancangan yang licik untuk menipu di pilihanraya kali ini. Jika gerombolan United Malays National Organisation menang besar di Pru13 maka saheh mereka menang dengan menipu. Tidak percaya dengan apa yang saya katakan ini? Sila rujuk kembali kenyataan resmi dari Bersih 2.0 pada 12 April lalu. Mengikut Bersih terdapat 15,520 pengundi di Sabah dan 8,585 di Sarawak - yang nama mereka telah didaftarkan di Selangor. Dalam masa yang sama mereka juga masih lagi berdaftar sebagai pengundi di Sabah dan Sarawak. Dua kali mendaftar bermakna dua kali mengundi. Lebih memeranjatkan ialah 400,000 nama pengundi yang tidak diketahui hujung pangkal mereka. Tidak diketahui asal usul mereka. Tidak dapat dikenal pasti siapa mereka ini. Apakah mereka pendatang haram yang telah diberi kad pengenalan? Atau apakah mereka ini bakal menjadi pengundi hantu? Tidak cukup dengan 400,000 bakal pengundi hantu ini, Suruhanjaya Pilihan Raya telah menambah tenaga kerja SPR dari 100,000 ke 220,000 orang. Penambahan tenaga kerja SPR ini memang baik. Ini untuk memastian PRU13 berjalan lancar. TETAPI 220,000 ini akan mengundi lebih awal. Mengundi awal ini pun tidak salah kerana mereka akan bertugas diluar tempat mereka mengundi. Opps... Jadi apa silapnya? Dimana kes tipu? Rancangan menipu ialah apabila 220,000 pengundi awal pekerja SPR ini TIDAK akan menggunakan dakwat kekal. SPR tidak membenarkan jari pekerja mereka dicelup dakwat kekal. Jelas SPR berniat jahat merancang untuk menipu. Rancangan jahat untuk memastikan 220,000 orang ini boleh mengundi berkali-kali. Penipuan-penipuan ini diperkukuhkan lagi dengan undi pos. Dapam PRU13 ini bukan hanya soldadu, anggota Rela dan mata-mata sahaja yang menjadi pengundi pos. Isteri mereka yang duduk mengangkang dirumah pun kini dijadikan pengundi pos. Akhirnya – jangan ketawa – ini hal mati dan hal hidup. Telah dibuktikan dari penyelidikan Bersih tentang tidak adanya warga mati semenjak tahun 2011 di daerah Sabak Bernam, Sungai Besar, Hulu Selangor dan Tanjung Karang. Apakah ini menandakan kawasan Khir Toyo ini memiliki taraf kesehatan yang paling cun di Malaysia ini ? Jawabnya tidak. Ini juga adalah rancangan licik untuk menipu. Bukan tidak ada warga yang mati. Terbukti memang banyak ‘surat mati’ yang telah dikeluarkan di kawasan-kawasan ini. Nama-nama warga yang telah mati tidak digugurkan kerana ingin digunakan atau lebih tepat lagi akan ‘dibangunkan’ sekali lagi sebagai pengundi hantu. Pada 15 April yang lalu Najib Razak di Jalan Kebun Klang Selangor telah dilaporkan berkata bahawa dia amat yakin Selangor akan di rampas kembali oleh United Malay National Organisation. Ucapan Najib Razak ini bukan ucapan olok-olok. Sehari kemudian Mahthir Muhamad telah mengeluarkan kenyatan bahawa masa ini adalah baik untuk menjalankan pilihanraya. Kenapa Najib Razak tetiba menjadi yakin di Selangor? Najib menjadi yakin kerana semua rancangan untuk menipu telah siap. Kad pengenalan baru telah diberikan kepada pendatang asing. Hantu-hantu sudah bersedia. Undi pos telah dirancang. Nama pengundi dan penyokong Pakatan telah dihilangkan atau dialih tempat. Semua rancanga menipu telah ‘tip-top’. Untuk mengkaburi mata orang ramai dan bersandiwara - Najib pun buat-buat sibuk berkempen ke hulu ke hilir atas nama United Malays National Organisation. Semua kempen ini menggunakan dana kerajaan. Dalam masa 3 bulan ini sahaja Najib telah mengagihkan RM608.68 juta ringgit sebagai duit peruntukan. Duit ini untuk pelbagai projek - membaiki longkang, tandas , pili hinggalah untuk membeli berus gigi agar gigi tidak dilihat kuning seperti lambang Bersih. Kempen ini dilakonkan sebagai sandiwara. Bila menang nanti Najib akan berkata duia menang keran berkempen ke hulu ke hilir. Ini sandiwara untuk mengkaburi mata rakyat dari melihat penipuan yang sedang berjalan. Apakah yang saya tulis ini akan melemahkan semangat penyokong Pakatan Rakyat? Adakah jalan untuk orang ramai mengagalkan penipuan yang sedang di rancang ini? Jawabnya pasti ada. Mustahil rakyat mahu ditipu. Mustahil penyokong Pakatan Rakyat akan berdiam diri. Jawapan kita kepada rancangan jahat Najib ini ialah Dataran Merdeka. Orang ramai yang tidak mahu ditipu wajib turun beramai-ramai ke Dataran Merdeka pada Sabtu 28 April ini. Jika 500 ribu orang berkumpul di Dataran Merdeka bermakna rakyat dalam negara ini tidak akan mahu menonggeng untuk di terajang oleh Najib. Beratus ratus ribu rakyat yang turun ke Dataran Merdeka ini akan memberi tanda kepada Najib bahawa orang ramai tahu semua rancangan penipuan yang sedang diatur. Justeru, perhimpunan Duduk Bantah di Dataran Merdeka ini adalah amaran untuk sesiapa sahaja yang akan menjalankan penipuan dlam PRU13 nanti. Rakyat dan warga Malaysia tidak mahu terus ditipu. Kalau Ibrahim Ali berkata ‘don’t talk s**t’. Pada 28 April ini nanti 500 ribu rakyat Malaysia pula akan melaung – we dont take s**t – kami tidak mahu diberakan lagi. (TT http://tukartiub.blogspot.com/2012/04/penipun-demi-penipuan-telah-dan-sedang.html?zx=e50e948d3d171f7d
Share this article :

Tiada ulasan:

Blogger Widget Get This Widget
 
Support : Creating Website | Johny Template | Mas Template
Copyright © 2011. Cananglahnie - All Rights Reserved
Template Created by Creating Website
Proudly powered by Blogger