Khamis, 12 April 2012

Bersih desak panel SPR letak jawatan

KUALA LUMPUR - Bersih 2.0 mendesak kesemua ahli panel Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) termasuk pengerusinya meletak jawatan serta-merta atas alasan rakyat sudah tidak lagi yakin dengan badan pengendali pilihan raya. Pengerusi Bersama Bersih 2.0, Datuk A. Samad Said mendakwa ahli-ahli panel SPR yang ada sekarang tidak lagi diyakini dan dipercayai oleh orang ramai khususnya membabitkan status daftar pemilih. Menurutnya, terdapat lebih 400,000 pengundi yang disyaki, dan nama-nama itu telah dikesan oleh Malaysia Electoral Roll Analysis Project (Merap). "Perkara ini perlu diselesaikan sebelum pilihan raya umum (PRU) akan datang. Tetapi SPR dilihat gagal berbuat demikian. "Hasil penyelidikan Merap, terdapat 10 masalah pokok dikenal pasti, khususnya dengan daftar pengundi," katanya

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

segala komen akan diterbitkan,pihak pengurusn tidak akan bertanggungjawab atas ulasan yang menyalahi udang-undang penerbitan.