Khamis, 12 April 2012

Ketua Polis mahu letak jawatan susulan dikritik hebat oleh orang awam

Ketua Polis Korea Selatan mengumumkan akan meletak jawatan susulan dikritik hebat oleh orang awam kerana kelewatan bertindak terhadap panggilan kes kecemasan sehingga pemanggil itu maut. Pesuruhjaya Agensi Polis Negara (NPA), Cho Hyun-oh, membuat tuntutan permohonan maaf secara terbuka kerana “kecuaian” pihaknya sehingga menyebabkan kematian terhadap seorang wanita berusia 28 tahun yang diculik, dirogol dan dibunuh di Suwon, selatan Seoul. Susulan kejadian, pihak polis menerima tamparan hebat apabila dikritik gagal bertindak cepat terhadap panggilan yang dibuat sendiri oleh mangsa selepas dia memberi penerangan terperinci tentang lokasi kejadian. Mayat mangsa bagaimana pun ditemui dalam keadaan sadis di rumah seorang lelaki berusia 42 tahun yang dipercayai suspek utama

1 ulasan:

  1. KPN & TKPN kita blas lagi nak letak jawatan.???
    selagi tidak bebas, dan professional selagi tu la akan kena kutuk dgn rakyat.

    Kalau buat kerja dan keputusan ikut kasta, selagi tu lah rakyat akan mengutuk

    BalasPadam

segala komen akan diterbitkan,pihak pengurusn tidak akan bertanggungjawab atas ulasan yang menyalahi udang-undang penerbitan.