Home »
» Hishamuddin: Kerajaan Tiada Masalah Benarkan Himpunan Bersih 3.0 Di Dataran Merdeka 28 April Ini
Hishamuddin: Kerajaan Tiada Masalah Benarkan Himpunan Bersih 3.0 Di Dataran Merdeka 28 April Ini
Written By canang on Selasa, 10 April 2012 | 4/10/2012 11:20:00 PTG
KUALA LUMPUR, 10 April - Kerajaan tiada masalah membenarkan perhimpunan BERSIH 3.0 dilangsungkan seperti dirancang selagi penganjur mematuhi Akta Perhimpunan Aman 2011 dan tidak menimbulkan sebarang gangguan. Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Hishammuddin Hussein (foto) berkata, atas semangat akta yang baru digubal itu, kerajaan tidak akan melarangnya. Hishammuddin berkata demikian dalam sidang media di lobi Parlimen hari ini. Sementara itu, Ketua Polis Kuala Lumpur Datuk Mohmad Salleh hari ini enggan mengulas berhubung perhimpunan "duduk bantah" di Dataran Merdeka pada 28 April ini bagi menuntut pilihan raya bersih dan adil. "Saya tidak akan buat apa-apa komen. Belum sampai masanya. Saya akan komen bila masa sepatutnya," katanya selepas menghadiri perhimpunan bulanan polis hari ini. Semalam, Ketua Polis Negara Tan Sri Ismail Omar juga enggan mendedahkan butiran persediaan polis bagi menghadapi perhimpunan itu. Difahamkan pihak polis hanya akan mengulasnya seminggu sebelum tarikh ia dijadualkan. Sementara itu, Mohmad juga berkata, pihak polis bersedia terhadap sebarang kemungkinan ekoran perhimpunan kumpulan mahasiswa Sabtu ini bagi menuntut penghapusan Perbadanan Tabung Pendikan Tinggi Nasional (PTPTN). Katanya, mereka sentiasa bersiap sedia walaupun perhimpunan itu belum dimaklumkan secara rasmi.
Langgan:
Catat Ulasan (Atom)

Tiada ulasan:
Catat Ulasan