Home »
» Kumpulan 16 Umno dakwa pendirian Ku Li tak ikhlas
Kumpulan 16 Umno dakwa pendirian Ku Li tak ikhlas
Written By canang on Rabu, 18 April 2012 | 4/18/2012 04:08:00 PTG
GUA MUSANG - Ketua Umno bahagian Gua Musang,Tengku Razaleigh Hamzah sekali lagi menerima desakan daripada Kumpulan 16 Umno bahagian itu supaya pemimpin tersebut menyatakan pendirian dengan jujur dalam perjuangannya.
Kumpulan yang diketuai Ahli Jawatankuasa Umno bahagian itu, Abdul Wahab Yunus mendesak pemimpin tersebut tidak berdolak dalih dalam menyatakan pendiriannya demi untuk memantapkan perjuangan Umno.
Katanya, ini sekaligus dapat menarik semula sokongan rakyat jika pemimpin tersebut memperbetulkan keadaan khususnya menjalang persiapan Pilihan Raya Umum ke-13 (PRU13) tidak lama lagi.
Beliau berkata, kumpulannya amat kecewa dengan penjelasan Tengku Razaleigh yang dikenali dengan panggilan Ku Li sebelum ini yang kurang jelas dan masih mengelirukan kerana banyak mirip kepada pembangkang.
"Kita hari ini (semalam) sekali lagi mengadakan perjumpaan dengan ikhlas mahu Ku Li lebih bertanggungjawab diatas beberapa isu yang dibangkit sebelum ini termasuk soal ingin mengambil calon Bebas jika tidak dicalonkan Barisan Nasional (BN).
"Di samping itu, kita belum berpuas dengan penjelasannya baru-baru ini yang dia masih ahli Umno dan setia dengan perjuangan parti itu sedang Ku Li masih mendampingi beberapa pemimpin parti pembangkang,” katanya.
Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas majlis perjumpaan dengan ahli kumpulan itu disebuah premis permiagaan di Bandar Baru, di sini, semalam.
Sebelum ini, Tengku Razaleigh menafikan beliau mengeluarkan kenyataan untuk bertanding tiket Bebas sekiranya tidak dicalonkan dalam PRU13, malah kesetiannya dalam parti Umno.
Dalam pada itu, Abdul Wahab sangsi dengan pendirian Tengku Razaleigh yang menubuhkan Angkatan Amanah Merdeka (Amanah) dalam menyuarakan segala pandangan berhubung pelbagai perkara isu dalam negara.
Beliau berkata, badan bukan kerajaan (NGO) yang ditubuhkan itu juga sudah menunjukan kelainan dalam perjuangannya dan mempunyai agenda tersendiri untuk politik masa depanya.
”Kalau dia (Ku Li) benar-benar ikhlas berjuang dalam Umno kenapa ditubuhkan Amanah sebagai landasan untuk menyuarakan pandangan dan seolah-olah ingin menikam pemimpin kerajaan dari belakang,” katanya.
Katanya, sebagai ahli Umno tulin beliau mahu Tengku Razaleigh membuat pendirian yang lebih jujur bagi menentukan perjuangan masa depan dan mendapat sokongan semua.
"Kita bukan nak mempertikai jasa dia selama menjadi pemimpin Umno dan Ahli Parlimen Gua Musang, tetapi yang lebih penting ketetapan landasan perjuangan sebenar,” katanya.
Langgan:
Catat Ulasan (Atom)
Tiada ulasan:
Catat Ulasan