Home »
» Lim Guan Eng akan saman Umno kerana perjuangkan tapak masjid.
Lim Guan Eng akan saman Umno kerana perjuangkan tapak masjid.
Written By canang on Khamis, 5 April 2012 | 4/05/2012 09:12:00 PG
GEORGETOWN - Perjuangan Umno-Pulau Pinang terhadap tanah masjid semata-mata tanpa mempedulikan tanah bukan Islam dalam projek Bayan Mutiara disifatkan sebagai wajah sebenar Umno sebagai sebuah parti rasis.
Umno-Pulau Pinang juga adalah agen yang bertanggungjawab menyalakan api kebencian agama antara kaum di negeri ini dengan menyebarkan fitnah kononnya Pentadbiran Kerajaan Negeri Pulau Pinang telah menjual tanah masjid dan sekolah seluas 102.6 ekar melalui tender terbuka kepada Ivory Property Group Bhd (Ivory).
Perkara tersebut dinyatakan oleh Ketua Menteri Pulau Pinang Lim Guan Eng berhubung kerja jahat Umno memburuk-burukan pentadbiran kerajaan negeri Pulau Pinang.
“BN tidak membuat apa-apa pemecahan sempadan ke atas geran tanah tersebut semasa mereka berkuasa.
“Sementara Ivory pula hanya akan membuat pecah sempadan selepas pelan baru diserahkan kepada MPPP dan Pejabat Tanah untuk kelulusan.
“Apa yang peliknya, pelan baru dan pemecahan sempadan geran tanah tersebut belum lagi diserahkan oleh Ivory kepada pihak-pihak berkuasa, sedangkan UMNO boleh mendakwa bahawa tanah masjid atau sekolah telah dijual atau dilenyapkan?,” soal Guan Eng.
Mengulas lanjut, Guan Eng menambah, mengikut logik kefahaman UMNO, jika tanah masjid telah dilenyapkan akibat penjualan tanah kepada Ivory, maka tanah untuk tempat-tempat beribadat bukan Islam juga telah dilenyapkan.
Jika sedemikian rupa kefahaman pihak Umno, Guan Eng mempersoalkan mengapa parti perkauman itu hanya menggembar-gemburkan kehilangan tanah masjid sahaja.
“UMNO harus berasa malu jika mereka betul-betul tidak tahu mengenai syarat-syarat pihak berkuasa tempatan di mana setiap projek diwajibkan untuk memperuntukkan tanah untuk kemudahan-kemudahan awam seperti masjid, jalan, taman, perumahan kos sederhana rendah, sekolah dan tempat-tempat beribadat bukan Islam.
“Adakah rakyat bukan Islam tidak penting untuk UMNO atau tidak berhak kepada tanah untuk tempat beribadat mereka? Kerajaan Negeri PR akan menumpukan perhatian kepada kawasan-kawasan UMNO, terutamanya kawasan parlimen Nibong Tebal, untuk memaklumkan pengundi bukan Islam bahawa UMNO tidak ragu-ragu untuk membiarkan kehilangan tanah bukan Islam.”jelas Guan Eng dalam satu kenyataan medianya kepada TVSelangor.
Dalam perkembangan sama, Guan Eng berkata pihaknya akan mengambil tindakan mahkamah terhadap Ketua Pemuda Umno Pulau Pinang,Shaik Hussein Mydin Akhbar Utusan Malaysia dan Berita Harian atas fitnah-fitnah sebelum ini.’
Sebelum itu, Shaik Hussein dan pemimpin-pemimpin UMNO yang lain telah menyerang Guan Eng dengan fitnah bahawa kerajaan negeri tidak menjual tanah 102.6 ekar melalui tender terbuka.
Shaik Hussein bagaimana pun tegar meneruskan fitnah itu walaupun Kerajaan Negeri Pulau Pinang dan pihak pemaju telah kemukakan bukti bahawa tanah tersebuat telah dijual secara tender terbuka.
Lidah rasmi mereka itu juga tidak melaporkan penafian Kerajaan Negeri Pulau Pinang dan juga Timbalan Pengerusi Ivor, Datuk Seri Nazir Ariff berhubung isu ini.
“Kerana keengganan mereka, saya tidak mempunyai pilihan lain melainkan untuk menyaman kedua-dua surat khabar itu serta Ketua Pemuda UMNO Pulau Pinang atas fitnah mereka bahawa saya telah melenyapkan tanah masjid.
“Saya telah cuba untuk sabar apabila UMNO menggunakan retorik perkauman dan agama untuk melemahkan kepimpinan saya dan juga Kerajaan Negeri PR. Tetapi, permainan yang bahaya ini sudah melintasi had dengan fitnah bahawa saya telah menjual tanah masjid,”jelasnya
Langgan:
Catat Ulasan (Atom)
Tiada ulasan:
Catat Ulasan