Home » » Terkini..Dalam tempoh 2 tahun negara berhutang RM234 billion.

Terkini..Dalam tempoh 2 tahun negara berhutang RM234 billion.

Written By canang on Khamis, 5 April 2012 | 4/05/2012 04:47:00 PTG

Bukan berpendapatan tinggi tapi berhutang tinggi KETIKA Buku Jingga diluluskan oleh Konvensyen Pakatan Rakyat di Kepala Batas lebih dua tahun lalu, hutang yang ditanggung oleh isi rumah rakyat Malaysia ialah RM466 bilion. Dalam Himpunan Anak Terengganu di Perantauan di Kajang hujung Mac lalu, Prof. Dr. Anuar Ahmad dari Unisel berkata, hutang rakyat sekarang sudah melebihi RM700 bilion sekarang. Apa yang Buku Jingga sebut dua tahun lalu tidak pernah dinafikan oleh pentadbiran Najib dan dipercayai kenyataan Dr. Anuar ini juga tidak akan dinafikan. Dengan demikian ini bererti dalam masa dua tahun di bawah pemerintahan Najib, hutang rakyat sudah bertambah dari RM466 bilion kepada lebih RM700 bilion. Ia adalah kenaikan sebanyak sekitar RM234 bilion. Dengan jumlah hutang RM700 bilion ini setiap rakyat menanggung hutang sebanyak RM3,000. Bagi warga emas seperti Dr. Mahathir yang berusia lebih 80-an hutang mungkin ditanggung sehingga mati. Maka matinya dikira mati meninggalkan hutang. Beban dunia itu tidak ditanggungnya lagi sebaik matinya. Tetapi bagi bayi yang baru dilahirikan, sebaik saja menyedut udara dunia, dia telah dibebankan dengan hutang RM3,000. Belum ada jaminan hutang itu akan susut sehingga dewasanya, dan tiada juga jaminan ia tidak bertambah dalam pentadbiran Najib yang boros itu. Jika dalam masa dua tahun lalu hutang itu bertambah sekitar RM234 bilion ini bermakna hutang itu bertambah lebih RM100 bilion setahun. Jika pentadbirannya disambung selepas PRU 13 ini, mungkin ssebelum tahun 2020 hutang rakyat itu menjadi RM1,000 bilion. Ini bererti hutang setiap rakyat akan bertambah lebih dari RM3,000 seperti yang ada sekarang. Ketika Najib mula menjadi Perdana Menteri, dia menjanjikan untuk menjadikan rakyat berpendapatan tinggi. Tetapi untuk beberapa tahun ini yang terjadi ialah rakyat berhutang tinggi. Ada pun hutang negara pula di hujung pentadbiran Abdullah Badawi yang ditohmah lemah terutama oleh Dr. Mahathir adalah sekitar lebih dari RM200 bilion. Ia sudah dikira cukup parah. Tetapi sekarang, selepas tiga tahun Najib mentadbirkan hutang negara sudah mencecah lebih dari RM450 bilion. Ia kira bertambah sekali ganda di bawah Najib. Dr. Awang Adek, Timbalan Menteri Kewangan dikatakan berkata, negara akan jadi bankrap apabila hutang mencapai RM500 bilion. Angka RM500 bilion itu sudah dekat. Kalau dalam masa tiga tahun hutang negara boleh melunjak dari sekitar RM200 bilion kepada kira-kira RM450 bilion, maka untuk mencapai hutang RM500 bilion – sekadar RM50 bilion saja lagi – tentulah tidak memakan masa yang lama jika program transformasi gagal masuk ke gear ajaib. Kita sedang dikelamkabutkan oleh Ireland yang tiba-tiba bankrap. Sekonyong-konyong Greece juga bankrap. Perdana Menterinya terpaksa bertukar. Perdana Menteri Itali juga bertukar atas sebab yang sama. Berita celaka itu juga sudah melanda Sepanyol dan Pertugal. Pertukaran Perdana Menteri Greece dan Itali belum menjamin negara itu keluar dari alam muflis. Seluruh Menteri Kewangan negara Eropah bersidang beberapa kali bagi menyelesaikan kepapaan Greece dan beberapa negara Eropah itu, belum nampak jalan keluar. Malaysia sudah dekat ke ambang itu. Tan Sri Idris Jala telah meramalkan Malaysia akan bankrap tahu 2019 jika subsidi kepada rakyat tidak dipotong. Sekarang Dr. Anuar pula seolah-olah mengesahkan apa yang pernah dibimbangkan oleh Idris Jala. Dalam masa tiga tahun pentadbiran Najib ternyata transformasinya tidak membawa apa-apa keajaiban, bahkan negara bertambah dekat ke alam bankrap. Katanya, dia tidak membuat janji kosong. Lidah memang tidak bertulang. Dia boleh berkata apa-apa tetapi bagi orang Terengganu janjinya adalah lebong. Lebong itu tidak berisi. Jika pentadbirannya disambung selepas PRU13, sekalian rakyat akan terjun ke gaung. Sumber
Share this article :

Tiada ulasan:

Blogger Widget Get This Widget
 
Support : Creating Website | Johny Template | Mas Template
Copyright © 2011. Cananglahnie - All Rights Reserved
Template Created by Creating Website
Proudly powered by Blogger