Home » » (Video) Lirik Lagu 'Kosong' Najwa Latif Tidak Sindir Mana-Mana Pihak

(Video) Lirik Lagu 'Kosong' Najwa Latif Tidak Sindir Mana-Mana Pihak

Written By canang on Isnin, 16 April 2012 | 4/16/2012 06:01:00 PTG

PETALING JAYA: Bintang remaja sensasi Najwa Latif menjelaskan lagu terbarunya berjudul Kosong bukan dihasilkan sebagai sindiran kepada . Sebaliknya, pemilik nama sebenar Imratul Najwa Abdul Latif, 17, ini memberitahu lagu tersebut adalah bertujuan untuk memberikan semangat dan motivasi kepada sesiapa sahaja agar tidak berputus asa apabila diri diperkecilkan. “Lirik lagu itu dihasilkan bersama kakak saya, Ika. Dia menghasilkan lirik itu ketika melihat saya sedang bersedih dan tertekan dengan pelbagai cabaran dalam bidang nyanyian ini. “Saya sering berkongsi dengan kakak apa juga masalah atau kesedihan yang saya hadapi. Mungkin daripada situ, dia mendapat ilham untuk menulis lirik lagu itu,” katanya ketika dihubungi mStar Online, di sini, Isnin. Ditanya adakah lagu itu merupakan luahan perasaan dan pandangan mereka kerana sering dipandang rendah dan dikritik pelbagai pihak sebelum ini, Najwa berkata ia hanyalah lagu yang menjadi motivasi bagi menghadapi perjalanan karier yang masih panjang. “Lagu itu bukan untuk menyindir mana-mana pihak. Mungkin daripada liriknya, orang akan menyangka ia adalah luahan perasaan saya untuk menyindir segelintir pihak yang memperlekeh atau mengkritik selama ini. “Hakikatnya, bukan begitu kerana ia adalah sebuah lagu motivasi dan pemangkin semangat kepada sesiapa sahaja yang berasa diperlekehkan agar tidak mudah mengalah,” katanya. Dalam pada itu, gadis yang bakal menduduki peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) pada hujung tahun ini berkata dia kini mula berehat panjang daripada komitmen nyanyian demi menumpukan perhatian pada pelajaran. “Saya berehat daripada komitmen nyanyian buat masa ini bagi menumpukan perhatian pada pelajaran. Terlalu banyak subjek yang perlu saya tumpukan terutamanya subjek-subjek Tingkatan Empat yang sudah terlupa. “Atas nasihat ibu, saya ambil keputusan ini untuk masa depan. Kalau diikutkan, saya patut berehat sejak Mac lagi dan kemunculan di Anugerah Bintang Popular Berita Harian baru-baru ini adalah persembahan pentas yang terakhir pada tahun ini sehingga saya selesai SPM,” katanya. Lirik Lagu Kosong – Najwa Latif Kau melihat diriku Seperti sesuatu Yang mencabar dirimu Akal dan mindamu Kau mendustaiku Kau bilang mereka tak tahu Siapa diriku Sedangkan kau juga begitu Segala kata cacian Yang telah engkau berikan Membuatku rasa kosong kosong Setiap detik diperhatikan Kau cari cara putar belitkan Kau jadikan diriku kosong kosong Kini aku bangkit Membuktikan yang ku tak sakit Dengan segala perit yang kau berikan Kini aku pantas berjalan Bergerak ke hadapan Dan akan ku buktikan Siapa diriku yang sebenar Oo Oo Kosong kosong Segala kata cacian Yang telah engkau berikan Membuatku rasa kosong kosong Setiap detik diperhatikan Kau cari cara putar belitkan Kau jadikan diriku kosong kosong Segala kata cacian Yang telah engkau berikan Membuatku rasa kosong kosong Oo Ooo
Share this article :

Tiada ulasan:

Blogger Widget Get This Widget
 
Support : Creating Website | Johny Template | Mas Template
Copyright © 2011. Cananglahnie - All Rights Reserved
Template Created by Creating Website
Proudly powered by Blogger