Home » » BERITA BURUK BUAT UMNO/BN.

BERITA BURUK BUAT UMNO/BN.

Written By canang on Ahad, 13 Mei 2012 | 5/13/2012 06:00:00 PTG

Presiden Keadilan, Azmin Ali memaklumkan SISMEP mampu mengesan perbezaan senarai pengundi yang

Keadilan hari ini memperkenalkan Sistem Menang Pilihanraya (SISMEP) bagi membantu mengesan pengundi-pengundi hantu yang terdapat di dalam senarai pemilih yang dikeluarkan Suruhanjaya Pilihanraya Malaysia (SPR).
berdaftar serta kawasan mengundi sejak 2004 hingga 2011.

“SISMEP ini akan memudahkan petugas-petugas Pakatan Rakyat untuk mengesan kehadiran pengundi-pengundi hantu di kawasan mengundi,” katanya dalam satu sidang media selepas merasmikan Pusat Media Keadilan Selangor di sini.

Menurutnya, petugas parti hanya perlu memasukkan no kad pengenalan pengundi untuk mengesan samada pengundi tersebut benar-benar menjadi pengundi bagi kawasan tersebut.

Dengan adanya sistem ini, petugas pilihanraya boleh menghalang kehadiran pengundi-pengundi hantu yang dihantar bertujuan untuk memenangi undi sesebuah kawasan itu seperti yang berlaku sebelum ini.

Azmin juga memberitahu pihaknya tidak keberatan untuk berkongsi penggunaan SISMEP ini bersama rakan-rakan dalam Pakatan Rakyat.

Sebagai permulaan, SISMEP ini akan dilancarkan di Perak bagi menguji keberkesanannya.

Sebelum itu, dalam ucapan perasmiannya Azmin menegaskan media seharusnya bebas daripada kongkongan parti pemerintah dan meminggirkan kepentingan rakyat.

“Media sepatutnya pro-rakyat dan bukannya pro-perasuah dan pro-perompak yang mengaut keuntungan daripada rakyat,” katanya.

Selain itu, Ketua Penerangan Keadilan Selangor, Shuhaimi Shafiei berkata, media arus perdana perlu kembali ke jalan yang betul dengan menyiarkan fakta sebenar berkenaan sesuatu isu dan bukan hanya menjadi bahan mainan Umno-BN.

“Jangan merendahkan imej kewartawanan hanya kerana ingin mendapat keuntungan dengan fitnah yang dimainkan selama bertahun-tahun dibawah kerajaan Umno-BN,” katanya.

Majlis Hi-Tea dan Ramah Mesra Pemimpin Keadilan Selangor bersama Rakan Media serta Perasmian Pusat Media Keadilan Selangor diadakan di Pejabat Keadilan Selangor di Lembah Subang, Petaling Jaya.

Majlis ini dihadiri Naib Presiden Keadilan, Datuk Mansor Othman, Ahli Parlimen Ampang, Zuraida Kamaruddin Adun Taman Medan, Haniza Talha, Adun Batu Caves, Amirudin Shari serta barisan kepimpinan Keadilan Selangor.

SUMBER:http://sharpshooterblogger.blogspot.com
Share this article :

Tiada ulasan:

Blogger Widget Get This Widget
 
Support : Creating Website | Johny Template | Mas Template
Copyright © 2011. Cananglahnie - All Rights Reserved
Template Created by Creating Website
Proudly powered by Blogger