Home »
» BERSIH 3.0 Mungkinkah ini cara yang betul menambak gas pemedih mata?
BERSIH 3.0 Mungkinkah ini cara yang betul menambak gas pemedih mata?
Written By canang on Rabu, 2 Mei 2012 | 5/02/2012 07:20:00 PTG
KHAS KEPADA YANG MENYOKONG CARA POLIS BERKERJA PADA BERSIH 3.0 Mungkinkah ini cara yang betul menambak gas pemedih mata? Namun jika Polis menembak sedikit laras ke atas bagaimna pelurunya itu mampu memecahkan kepala peserta BERSIH 3.O? Adakah polis menembak gas pemedih mata dengan laras yang tepat dengan kata lain Polis memang mengacu tepat di kepala peserta kerana ramai peserta yang pecah kepada apabila terkena peluru gas pemedih mata ini. Dan datangnya peluru itu bukan dari arah atas tetapi dari sisi dan mungkin memang benar peluru itu langsung tidak dilaras ke atas. Mungkin. Macam ni bukan nak leraikan himpunan? ini bukan nak melerai tetapi nak mem bunuh namanya. Dan bahan kimia yang diguna pada himpunan kali ini lagi tinggi berbangding
BERSIH 2.0. Kepada yang menyokong tindakan Polis itu, ingin aku bertanya, adakah kamu pergi pada himpunan itu, ada kamu melihat cara sebenar bagaimana kami diperlakukan, jika tidak, kamu tiada hak untuk memberi komen hanya melihat sekeping gambar atau seminit dua video. Dan kami bukan 100% salahkan polis, tetapi kami salahkan ARAHAN yang dibuat dan kami tidak tahu mana datangnya arahan itu. Kami berhimpun BERSIH 3.0 ingin menyelamatkan sistem Polis yang telah dikotori oleh ahli-ahli politik yang tidak bertanggungjawab.
Maka jika anda masih membela cara polis berkerja hari ini,samalah anda bersetuju dengan sistem polis yang ada pada hari ini. Kami bukan benci Polis pada hari ini, tetapi kami benci sistem dan arahan Polis peringkat atasan dan kami kesian pada Polis yang hatinya baik tetapi TERPAKSA melakukan kerana arahan. Kepada POLIS semua, insyallah, PRU ini sistem Polis yang mempertahankan Peminpin akan ditukar kepada sistem yang sebenar iaitu polis tugasnya menjaga keamanan rakyat dan bukannya menjaga kuasa si gila kuasa yang zalim!
Langgan:
Catat Ulasan (Atom)
Tiada ulasan:
Catat Ulasan