Home »
» Cara untuk berhadapan dengan orang jahil
Cara untuk berhadapan dengan orang jahil
Written By canang on Isnin, 28 Mei 2012 | 5/28/2012 10:06:00 PTG
Kita sedia maklum bahawa Facebook Tuan Guru Nik Abdul Aziz ini dari dahulu sehingga sekarang sentiasa dipenuhi oleh provokasi, cacian & makian yang pasti didalangi oleh pihak musuh, oleh itu kami berharap supaya para penyokong kebenaran bersabar dalam menghadapi cabaran tersebut. Islam mengajar kita bagaimana untuk menghadapi golongan ini dengan bersikap seperti ibadurahman (hamba-hamba Allah yang sebenar). Untuk mengetahui apa itu ibadurahman mari kita merenung pengertian surah Al Furqan ayat 63; "Dan Ibadurahrahman (hamba-hamba Allah yang sebenar) yang diredhai-Nya, ialah mereka yang berjalan di bumi dengan sopan santun dan apabila orang-orang yang berkelakuan kurang adab menghadapkan kata-kata kepada mereka, mereka menjawab dengan perkataan yang selamat dari perkara yang tidak diingini;" Situasi ini tepat sebagaimana yang pernah diungkapkan oleh Imam Hassan Al-Banna: "Jadikanlah diri kamu dalam berhubungan dengan manusia seperti sebatang pokok, manusia melontarnya dengan batu, namun dia menghadiahkan mereka buah-buah yang lazat." Sila dengar video yang telah dilampirkan untuk huraian surah Al Furqan ayat 63 yang telah dihuraikan oleh Ustaz Nasruddin Hj Daud, SPEAKER DUN Kelantan.
VIDEO SINI
Langgan:
Catat Ulasan (Atom)
Tiada ulasan:
Catat Ulasan