Home » » Media Perdana Gelapkan Kes Scorpene Di Perancis

Media Perdana Gelapkan Kes Scorpene Di Perancis

Written By canang on Isnin, 28 Mei 2012 | 5/28/2012 12:00:00 PTG


PETALING JAYA : Pengarah Eksekutif Suaram, Cynthia Gabriel berkata, media arus perdana di negara ini cuba menggelapkan berita mengenai skandal Kapal Selam Scorpene yang kini di peringkat perbicaraan di Mahkamah Perancis.

Katanya, kecuali media dalam talian seperti Malaysiakini, dan akhbar alternatif seperti Suara Keadilan dan Harakah, media lain tidak menjadikan kes berkenaan sebagai berita utama.

Walhal katanya, perbicaraan kes berkenaan sangat penting kerana melibatkan rasuah, penyelewengan, salah guna kuasa dan wujudnya kes pembunuhan.

Beliau berkata demikian ketika mengadakan sesi taklimat berhubung kes Scorpene di Ibu Pejabat KEADILAN tengahari tadi.

Dalam pada itu Cynthia berkata, tahap kesedaran rakyat Malaysia mengenai kes Scorpene yang dibicarakan di Mahkamah Perancis, juga masih rendah.

Dari kajian yang dijalankan Suaram dan Merdeka Centre, hanya 52 peratus rakyat Malaysia yang sedar kes tersebut sedang dibicarakan di mahkamah itu.

Katanya dari bancian tersebut, kaum Cina memiliki kesedaran 62 peratus, diikuti kaum India 46 peratus dan Melayu 40 peratus.

http://www.keadilandaily.com/media-perdana-gelapkan-skandal-scorpene-cynthia/
Share this article :

1 ulasan:

Unknown berkata...

Tahap prihatinan orang melayu yang haprak!

Malas membaca dan tidak pekakan keliling...

Blogger Widget Get This Widget
 
Support : Creating Website | Johny Template | Mas Template
Copyright © 2011. Cananglahnie - All Rights Reserved
Template Created by Creating Website
Proudly powered by Blogger