Home »
» Anwar percaya peralihan kuasa aman jika Pakatan menang
Anwar percaya peralihan kuasa aman jika Pakatan menang
Written By canang on Rabu, 6 Jun 2012 | 6/06/2012 11:59:00 PG
Ketua Pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim yakin bahawa Pakatan Rakyat akan mengambil alih Putrajaya dalam pilihan raya umum akan datang dengan majoriti mudah dan peralihan kuasa akan berjalan secara aman.
Katanya, ini adalah kerana pemimpin BN, termasuk Perdana Menteri,
Datuk Seri Najib Abdul Razak, tidak akan mahu membahayakan masa depan mereka untuk terus berdegil memegang kuasa jika mereka kalah.
Kenyataan Anwar itu dilihat sebagai satu usaha untuk meyakinkan golongan atas pagar selepas bekas perdana menteri Tun Dr Mahathir Mohamad dan Timbalan Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin memberi amaran bahawa pembangkang mungkin mencetuskan huru-hara jika mereka kalah dalam pilihan raya umum akan datang.
Mesej yang sama turut disuarakan oleh Menteri Penerangan Datuk Seri Rais Yatim dua hari lepas.
"... saya fikir mereka tahu rakyat tidak akan membiarkannya... kerana mereka tahu akan ada risiko besar," kata Anwar yang juga ketua umum PKR.
Beliau menegaskan demikian di majlis makan malam Kelab Wartawan Asing Malaysia (FCCM) di Kuala Lumpur malam tadi, apabila ditanya sama ada rusuhan akan tercetus jika BN kalah dalam pilihan raya.
Langgan:
Catat Ulasan (Atom)
Tiada ulasan:
Catat Ulasan