Home »
» Benarkah BN Bakal Hilang Separuh Kerusi Di Sabah?
Benarkah BN Bakal Hilang Separuh Kerusi Di Sabah?
Written By canang on Khamis, 26 Julai 2012 | 7/26/2012 05:56:00 PG
BN mungkin tewas lebih daripada 60 peratus kerusi parlimennya di Sabah dalam pilihan raya umum akan datang, kata seorang penganalisis politik dari negeri itu.
Pensyarah UiTM Sabah, Arnold Puyok berkata BN mungkin tewas di 14 daripada 22 kerusi yang diwakilinya di negeri tersebut.
Sabah mempunyai 25 kerusi parlimen dengan dua dimiliki Parti Maju Sabah (SAPP) diketuai Yong Teck Lee dan satu lagi milik DAP yang berjaya memenangi kerusi Kota Kinabalu.
Pembangkang mungkin berpeluang mudah di kerusi seperti Kota Kinabalu, Sandakan dan Pensiangan, katanya.
"Saya tidak fikir deposit tetap itu akan kekal" katanya lagi yang merujuk kepada gelaran popular untuk Sabah dan Sarawak yang secara tradisinya menjadi kubu kuat BN.
Beliau bercakap dalam majlis perbincangan meja bulat di Kuala Lumpur yang dianjurkan oleh kluster politik, keselamatan dan hubungan antarabangsa Majlis Profesor Negara.
Turut tersenarai antara kerusi parlimen dalam bahaya bagi BN ialah Likas, Kota Belud, Penampang, Keningau dan Tawau.
Keputusan pilihanraya umum lalu kini sebenarnya tidak lagi boleh dijadikan asas buat parilmen yang disenaraikan sebagai selamat kerana DAP dan PKR selain STAR kini berjaya merobek kubu BN sedikit demi sedikit bermula dengan pengumuman ahli parlimen Tuaran, Wilfred Bumburing mengisytiharkan keluar selain beberapa lagi nama yang sudah hampir pasti akan mengumumkan hala tuju politik masing-masing tidak lama lagi.
Ketua Pembangkang Anwar Ibrahim yang kini berada di Makkah dijangka akan berada di Sabah bagi meneruskan usaha mengubah peta politik negeri itu dengan beberapa lagi inisiatif akan ditawarkan sekiranya Pakatan Rakyat berjaya memerintah Putrajaya dalam pilihanraya umum akan datang.
Selain itu, PKR berjaya menerima kemasukan ahli baru terutamanya di Tenom dan Kota Belud dengan beberapa siri majlis pengumuman keluar BN sedang rancak diatur selain sudah kira-kira lebih 3,000 ahli BN telah menyertai parti itu.
Langgan:
Catat Ulasan (Atom)
Tiada ulasan:
Catat Ulasan