Home » » Bersih tidak haram: PM didesak pohon maaf

Bersih tidak haram: PM didesak pohon maaf

Written By canang on Rabu, 25 Julai 2012 | 7/25/2012 10:00:00 PG

KUALA LUMPUR- Perdana Menteri dan Menteri Dalam Negeri dituntut memohon maaf kepada semua peserta perhimpunan Bersih 2.0 ekoran pengisytiharan mahkamah Bersih 2.0 tidak haram. Desakan ini dibuat pelbagai pihak ekoran keputusan Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur yang membatalkan bahawa Gabungan Pilihan Raya Bersih dan Adil (Bersih) adalah pertubuhan haram dan menyalahi undang-undang. Sekiranya kedua-dua mereka menghormati undang-undang serta Perlembagaan negara, maka tindakan memohon maaf secara terbuka kepada rakyat adalah sesuatu yang wajar dan sangat dialu-alukan. Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur telah membatalkan pengisytiharan Menteri Dalam Negeri, Tan Sri Hishammuddin Hussein pada 1 Julai tahun lepas bahawa Gabungan Pilihan Raya Bersih dan Adil (Bersih) adalah pertubuhan haram dan menyalahi undang-undang. Hakim Datuk Rohana Yusof ketika membacakan keputusannya hari ini berkata, Bersih telah berjaya membuktikan kes dalam mencabar pengisytiharan kerajaan. Beliau juga memutuskan perisytiharan Menteri Dalam Negeri sebagai ‘tercemar’. “Oleh itu, kami membenarkan permohonan pemohon (untuk semakan kehakiman perisytiharan kerajaan) dengan tiada perintah tentang kos,” katanya. 14 Anggota Jawatankuasa Pemandu Bersih yang diketuai oleh Ambiga Sreenevasan telah menamakan Menteri Dalam Negeri, Ketua Polis Negara dan kerajaan sebagai responden. Selain dari Ambiga, plaintif termasuk Dr Ahmad Farouk Musa, S Arul Prakkash, K Arumugam, Haris Fathillah Mohamed Ibrahim, Andrew Khoo Chin Hock, Liau Kok Fah, Maria Chin Abdullah, SP Subramaniam. Turut serta adalah Toh Kin Woon, Wong Chin Huat, Yeo Yang Poh, Yeoh Yong Woi dan Zaid Kamaruddin. Pada 1 Julai tahun lalu, Hishammuddin dan Pendaftar Pertubuhan (ROS) mengisytiharkan gabungan itu menyalahi undang-undang, sebelum perhimpunan Bersih 2.0 pada 9 Julai. TAHNIAH BERSIH Sementara itu, Dewan Pemuda PAS WP (DPPWP) mengucapkan syabas dan tahniah kepada jawatankuasa Bersih kerana telah berjaya membuktikan bahawa Bersih merupakan sebuah pertubuhan yang sah. Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Hishamuddin Hussein seharusnya meminta maaf secara terbuka kepada jawatankuasa BERSIH dan seluruh rakyat Malaysia amnya kerana telah mengisytiharkan BERSIH sebagai pertubuhan yang haram. Pelbagai sekatan, ugutan dan fitnah telah dilemparkan hanya disebabkan kenyataan tidak bertanggungjawab tersebut. Namun kebenaran akhirnya terserlah jua pada bulan Ramadhan yang penuh berkah ini. Bagi DPPWP, inilah hasil perjuangan rakyat Malaysia selama ini, kata Ketua Penerangannya, Yusapiza Ya'cob . Pukulan, bom asap dan tembakan air tidak mampu menahan ledakan suara dan hasrat rakyat Malaysia yang inginkan perubahan dalam sistem pilihanraya Malaysia. "Semoga dengan pengisytiharan ini menjadi pemangkin kepada seluruh jawatankuasa BERSIH dan rakyat Malaysia dalam konsisten menuntut pilihanraya yang bersih dan adil. Syabas BERSIH!" katanya. KLIK SINI
Share this article :

Tiada ulasan:

Blogger Widget Get This Widget
 
Support : Creating Website | Johny Template | Mas Template
Copyright © 2011. Cananglahnie - All Rights Reserved
Template Created by Creating Website
Proudly powered by Blogger