Home » » Laporan polis terhadap ADUN Kota

Laporan polis terhadap ADUN Kota

Written By canang on Ahad, 22 Julai 2012 | 7/22/2012 07:59:00 PG

21 Julai 2012 - Pengarah Majlis Tindakan DUN (MTD) Kota, Parlimen Rembau, Zamri Mad yang membuat laporan terhadap ADUN BN Kota, Dr Awaluddin Said kerana menurunkan bendera PAS di Bongek mahu wakil rakyat itu memohon maaf. Zamri membuat laporan di Ibu Pejabat Polis (IPD) Rembau selepas kejadian berlaku 17 Julai lalu. Ketika dihubungi hari ini, Zamri berkata, sehingga hari ini Dr Awaluddin belum membuat sebarang permohonan maaf kepadanya. “Beliau sebagai wakil rakyat mesti menunjukkan teladan baik sesuai dengan statusnya seorang ADUN. “Tindakan Awaluddin menurunkan bendera PAS kononnya untuk mendamaikan orang PAS dan Umno tidak boleh diterima. “Apa kena mengena menurunkan bendera PAS dengan mendamaikan orang PAS dan Umno.?” Menurut Zamri, Awaluddin sebelum ini merupakan seorang wakil rakyat yang bersih tetapi tindakan menurunkan bendera PAS boleh menjatuhkan nama baiknya. Beliau menambah, sebagai wakil rakyat beliau mesti bertindak adil kepada semua orang tidak kira penyokong kerajaan atau pun pembangkang. “Bendera kami banyak yang hilang tetapi apabila mengadu kepada Majlis Daerah Rembau (MDR), mereka menjawab apa boleh buat?” kata Zamri lagi.
Share this article :

Tiada ulasan:

Blogger Widget Get This Widget
 
Support : Creating Website | Johny Template | Mas Template
Copyright © 2011. Cananglahnie - All Rights Reserved
Template Created by Creating Website
Proudly powered by Blogger