Home » » Malaysia Seperti Ditadbir oleh Tiga Perdana Menteri

Malaysia Seperti Ditadbir oleh Tiga Perdana Menteri

Written By canang on Sabtu, 14 Julai 2012 | 7/14/2012 10:44:00 PG



Sejak beberapa hari kebelakangan ini, kemunculan kelibat Tun Mahathir dan Rosmah Mansor dalam pelbagai aktiviti dalam negara kelihatan begitu rancak sekali. Mereka dilihat muncul dalam pelbagai majlis dan bercakap mengenai pelbagai perkara.

Walaupun Mahathir telah melepaskan jawatan Perdana Menteri sejak 2003 lagi, tetapi dengan kesibukan yang ditunjukkan, jadual hariannya yang tetap padat serta kerajinannya bercakap mengenai politik memperlihatkan bahawa Mahathir sebenarnya masih tidak mahu menanggalkan pengaruh Perdana Menteri yang masih bersisa dalam dirinya.

Bahkan kadang-kadang apabila beliau bercakap mengenai politik khususnya, beliau seperti terlupa bahawa beliau bukan lagi Perdana Menteri.

Jika diimbas apa yang berlaku sejak 2003, Mahathir sebenarnya hanya berehat dalam tenpoh yang singkat saja sebaik mengumumkan untuk bersara dan menyerahkan kuasa kepada Pak Lah. Selepas piliharaya 2004 yang memperihatkan Pak Lah berjaya mencipta sejarah kemenangan paling gemilang bagi UMNO dan BN dan kerana tidak tahan dengan kemunculan pengaruh KJ serta "budak-budak tingkat 4" yang didakwanya menguasai Pak Lah, Mahathir kemudian aktif kembali daripada dunia persaraannya.

Sejak itu Mahathir tidak pernah mengurangkan keaktifannya. Ditambah sekarang ini di mana kedudukan UMNO cukup genting dan Najib sendiri kelihatan amat lemah untuk mempertahankan kuasa BN, Mahathir seolah-olah berkongsi jawatan Perdana Menteri dengan Najib. — bersama Zar Ali
Share this article :

Tiada ulasan:

Blogger Widget Get This Widget
 
Support : Creating Website | Johny Template | Mas Template
Copyright © 2011. Cananglahnie - All Rights Reserved
Template Created by Creating Website
Proudly powered by Blogger