Home » » TERKINI !!!!!! Laporan Twiplomacy Iktiraf Najib Pemimpin Popular

TERKINI !!!!!! Laporan Twiplomacy Iktiraf Najib Pemimpin Popular

Written By canang on Sabtu, 28 Julai 2012 | 7/28/2012 11:19:00 PTG

Dalam satu kajian terbaru Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM) baru-baru ini, Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak berjaya melonjakkan populariti beliau berbanding pemimpin pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim dan Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat. Hasil kajian menunjukkan populariti Najib meningkat 76 peratus berbanding dua pemimpin utama pembangkang itu. Sebenarnya bukan hanya kajian oleh UKM, banyak lagi kajian NGO dan badan akademik sebelum ini menunjukkan keputusan yang hampir serupa. Apa ‘rahsia’ Najib agak-agaknya? Untuk mendapatkan jawapan itu, tak perlulah kita tanya mereka yang kuat membodek beliau kerana jawapannya mungkin akan menjadi ‘klise’ untuk kita. Namun laporan terbaru yang dikeluarkan oleh Burson-Marsteller yang dipanggil Twiplomacy mungkin memberi jawapan ‘terbaik’ kepada persoalan tersebut. Burson- Marsteller baru-baru ini telah menerbitkan laporan berkenaan berdasarkan kajian yang dibuat ke atas para pemimpin dunia yang menggunakan Twitter. Seperti yang dijangka, Presiden Barrack Obama adalah pemimpin dunia paling popular, namun, Najib juga rupa-rupanya tergolong dalam kelompok yang sama! Berikut adalah antara butiran dalam laporan berkenaan mengenai Najib. Kajian Burson-Marsteller mendapati, Perdana Menteri kini mempunyai lebih 750,000 pengikut di Twitter dan jumlahnya semakin bertambah dengan pantas. Ini menjadikan beliau jauh mendahului populariti pemimpin Asia yang lain dalam Twitter, secara keseluruhannya dalam 1O tempat teratas. Dalam ayat yang lebih spesifik, dari segi populariti dalam Twitter, Najib menduduki tempat kedua pemimpin paling popular di Asia dan tempat ke 17 daripada 254 ketua negara seluruh dunia! Lebih penting dari itu, laporan berkenaan menunjukkan Najib berada di tangga ke enam di kalangan seluruh pemimpin terkenal dunia yang menggunakan Twitter secara berhemah. Laporan Twiplomacy juga mendedahkan yang Najib adalah di antara pemimpin dunia terawal yang mengunakan kaedah Twitter dalam menyampaikan idea serta gagasannya kepada rakyat. Najib menjawab soalan yang dikemukakan oleh rakyat di dalam Facebook ‘page’ beliau yang kini sudah lebih satu juta yang ‘Likes’, begitu juga dalam Twitternya yang menerima sesi Q & A seperti #tanyaNajib dan sesi meja bulat 1Malaysia. Beliau juga sering menghoskan program bertemu dengan rakan dalam taliannya di seluruh negara seperti dalam majlis minum petang di Sri Perdana. Najib juga pernah mengadakan sesi jamuan pagi dengan pengikut Twitternya yang ke 500,000. Di peringkat pemerintahan dan politik, dalam tempoh dua minggu saja, beliau telah meminta rakyat memberi cadangan dan idea untuk Belanjawan 2013 serta input untuk dimasukkan dalam Akta Harmoni Nasional, yang bakal menggantikan Akta Hasutan. Ini berikutan pengumuman kerajaan pada Julai lalu yang meminta semua jabatan dan agensi mendapatkan pandangan orang ramai sebelum mencadangkan sebarang pindaan terhadap undang-undang sedia ada atau untuk memperkenalkan apa-apa undang-undang yang baru. Turut diperkenalkan ialah MyIdeas, platform dalam talian yang terbaru bagi membolehkan orang ramai memberikan idea mereka. Jika sesuai, kerajaan tidak akan ragu-ragu untuk menjadikannya satu polisi! Atas semua kaedah yang digunapakai, tidak hairan mengapa kajian Burson-Marsteller ‘mengangkat’ Najib sebagai antara pemimpin dunia paling popular ketika ini. LINKS
Pembukaan Olimpik London 2012 – Antara Yang Terhebat Dalam Sejarah
Umat Yang Paling Akhir...Menarik
9 Artis yang menayangkan tubuh/bogel dalam filem
Adakah benar wanita sebenarnya suka dirinya dirogol ?
Bijak Sungguh Yahudi Memperdayakan Umat Islam...
Jangan Kahwini Wanita Yang Ada Sifat Ini
Share this article :

1 ulasan:

Tanpa Nama berkata...

twiplomacy kata tok jib popular 76%,apa lagi tok jib jom kita istihar pilihanraya ke13.76% off 23million population kira banyak tu yang akan tok jib dapat,kalau gini gayanya tak terguris image tok jib dulu sekarang dan selama lamanya.tok jib ooii!!!jangan lepaskan peluang bak kata orang goreng pisang tengah panas ni,cepatlah declare pilihanraya ke13 ni kami dah tak sabar nak pulun memangkah!!.

Blogger Widget Get This Widget
 
Support : Creating Website | Johny Template | Mas Template
Copyright © 2011. Cananglahnie - All Rights Reserved
Template Created by Creating Website
Proudly powered by Blogger