Sekian beruk, ungka, monyet, biawak, lembu, pelesit, jembalang menangis bila mendengar fatwa dari Tuan Haji Datuk Seri Najib Razak Al-Rosmawi.
Tema sambutan Hari Kemerdekaan Malaysia tahun ini, Janji Ditepati, bukan satu retorik politik, tetapi berdasarkan pada tuntutan agama, demikian menurut Perdana Menterinya, Datuk Seri Najib Tun Razak.
Beliau dipetik oleh agensi berita rasmi Bernama sebagai berkata tema tersebut adalah bukti bahawa kerajaan Barisan Nasional (BN) dipandu oleh Al-Quran dan Sunah dalam melaksanakan tanggungjawabnya kepada semua rakyat Malaysia.
"Tema itu didasarkan atas prinsip agama. Kami (BN) berusaha bersungguh-sungguh untuk memenuhi janji-janji kepada rakyat.
"Kami akan memenuhi ikrar kami untuk memberi keyakinan kepada rakyat. Kami mahu membuktikan bahawa negara kami adalah model sebuah negara Islam," kata Datuk Seri Najib kepada mereka yang hadir pada majlis berbuka puasa di Kampung Padang Nenas, di sini, malam kelmarin.
Turut hadir Menteri Besar Pahang, Datuk Ahmad Said, menurut laporan Bernama itu.
Datuk Seri Najib berkata, dalam Islam, jika apa sahaja ikrar tidak dipenuhi, maka ia boleh ditafsirkan sebagai munafik.
"Jadi, sebagai sebuah kerajaan, kami akan memenuhi janji-janji. Kami bersedia untuk ditolak oleh rakyat jika janji-janji kami tidak dipenuhi," tegas beliau.