Home » » Umno tak dihormati apabila terus lemah Tun Dr Mahathir Mohamad

Umno tak dihormati apabila terus lemah Tun Dr Mahathir Mohamad

Written By canang on Sabtu, 18 Ogos 2012 | 8/18/2012 08:38:00 PTG



JERLUN – Umno semakin lemah kerana orang Melayu berpecah dan keadaan itu menyebabkan komponen teras Barisan Nasional tersebut sudah tidak lagi dihormati, kata bekas Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad.

Beliau yang juga bekas Presiden Umno berkata, parti berusia lebih enam dekad itu semakin lemah kerana Melayu kian berpecah akibat pertumbuhan sebuah parti serpihan.

Katanya, pemimpin yang menubuhkan parti serpihan itu dinamakan “Keadilan” (kini dikenali sebagai PKR) hanya bercita-cita untuk menjadi seorang Perdana Menteri.

“Tumbuhnya Keadilan bukan untuk keadilan rakyat, sebaliknya ingin mencapai cita-cita seseorang sebagai Perdana Menteri.

“Perpecahan ini juga bukan disebabkan oleh perbezaan fahaman politik mahupun agama, tetapi kerana keinginan untuk menjadi PM sahaja,” katanya kepada Sinar Harian selepas majlis berbuka puasa di Masjid Pekan Jerlun di sini, semalam.

Ketua Umum PKR ialah Datuk Seri Anwar Ibrahim, yang merupakan Timbalan Presiden Umno dan Timbalan Perdana Menteri. Beliau dipecat ketika era Dr Mahathir.

Dr Mahathir, Perdana Menteri Malaysia paling lama memegang jawatan itu berkata, kebanyakan orang yang menyertai PKR adalah mereka yang berasal dari Umno sendiri.

“Umno sudah tidak kuat dan semakin lemah. Apabila Umno lemah, orang sudah tidak menghormati Umno lagi.

“Kita boleh perhatikan orang Melayu juga semakin banyak menjadi pengemis. Inilah adalah kesan daripada perpecahan orang Melayu sedangkan perpaduan adalah untuk menyatukan kita semua.

“Orang Melayu berpecah disebabkan oleh orang tertentu yang bercita-cita ingin menjadi seorang PM.

“Orang ini menyebabkan Umno semakin lemah dan terpaksa meminta pertolongan daripada orang lain untuk mendapatkan kembali tempat dalam negara,” katanya.

Beliau berkata, orang Arab sentiasa padang tinggi kepada Malaysia kerana telah menjadi sebuah negara yang aman dan maju.

“Tetapi, sekiranya Melayu berpecah secara berterusan dan Umno tidak dapat menjadi sebuah kerajaan yang kuat, prestasi negara akan jatuh dan tidak akan dihormati oleh negara luar,” katanya.

P/S ; Bila dah kalut maka statement pun jadi melalut...orang melayu jadi pengemis....kahkahkahkahkah siapa yang perintah Malaysia selama ni dengan dasar pecah dan perintah...orang Melayu tak lemah yang lemah hanya UMNO jer...orang Melayu tetap bersatu didalam PAS dan PKR...dan dapat dilihat apabila Umno/Bn tewas thn 2008 kerusi MP Melayu bertambah....siapa yang lemah ni sebenarnya.....lol
Share this article :
Blogger Widget Get This Widget
 
Support : Creating Website | Johny Template | Mas Template
Copyright © 2011. Cananglahnie - All Rights Reserved
Template Created by Creating Website
Proudly powered by Blogger