Home » » BONGKAR!!!!TIGA BEKAS MENTERI BESAR SELANGOR BAKAL DI HERET KE MAHKAMAH

BONGKAR!!!!TIGA BEKAS MENTERI BESAR SELANGOR BAKAL DI HERET KE MAHKAMAH

Written By canang on Ahad, 9 September 2012 | 9/09/2012 07:17:00 PTG





Yayasan Selangor (YS) akan mengheret tiga bekas Menteri Besar Selangor iaitu Datuk Seri Dr Mohamad Khir Toyo, Tan Sri Abu Hassan Omar dan Tan Sri Muhammad Muhammad Taib dan tiga lagi bekas pengurus besar yayasan itu ke Mahkamah Sivil jika terdapat bukti penyelewengan aset yayasan itu sebanyak RM 500 juta.

Pengurus Besar Yayasan Selangor, Ilham Marzuki memberitahu pihaknya juga akan menuntut enam pihak yang terlibat dalam ketirisan aset itu supaya membayar balik kerugian seperti yang dilaporkan dalam Jawatankuasa Keupayaan, Kebertanggungjawapan dan Ketelusan Selangor (SELCAT) baru-baru ini.

”Kita juga akan menyaman mereka yang bertanggung jawab di Mahkamah Civil untuk mendapatkan kembali hak Yayasan Selangor yang telah dilesapkan oleh mereka,” katanya ketika dihubungi.

Sebelum ini, Pengerusi SELCAT, Datuk Teng Chang Kim mencadangkan YS supaya melantik Audit Bebas untuk menjalankan forensik audit. Bagaimanapun menurut Ilham lantikan Audit Bebas itu tidak dibuat sebelum ini berikutan YS tidak mempunyai peruntukkan untuk membayar bayaran Audit Forensik yang tinggi.

Tambahnya sebelum ini juga YS masih mengharapkan tindakan dari pihak Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) untuk menyiasat. Pertengahan tahun 2011 lalu YS telah membuat laporan kepada SPRM. Bagaimanapun tiada maklum balas diterima pihaknya dan prosedurnya agak merumitkan serta dilihat tindakan itu tidak berhasil.

“Aduan ke SPRM itu pernah dibuat tetapi memandangkan prosedur yang banyak jadi kami berbincang untuk menyiasat sendiri,” katanya.

Tambahnya lagi, bagaimanapun, sejajar dengan saranan SELCAT, YS akan memohon Lembaga Pemegang Amanah yayasan tersebut untuk mendapatkan kebenaran melantik Audit Forensik Bebas secara tender terbuka dan memohon peruntukkan kewangan YS.

Katanya, YS sebelum ini membuat kajian dari tahun 1991 hingga Mac 2008 dan mendapati ketirisan aset Yayasan Selangor adalah tidak kurang daripada RM500 juta dibawah pentadbiran UMNO-BN. Pihak YS membuat kajian itu berdasarkan Nilai Pembangunan Kasar (GDV) apabila tanah YS dimajukan secara projek usahasama dengan pemaju dan pulangan yang lazimnya untuk YS hanya sekadar 30 peratus dari GDV projek itu. Nilai GDV di kira dengan mendarab jumlah bangunan yang dibina dengan nilai sebuah bangunan yang di bina.

”Kita menyemak semula di dalam rekod kewangan berapakah nilai yang diterima dan setiap kekurangan dari apa yang patut diterima itu di kira ketirisan dan kita mendapati sekiranya dicampurkan, ketirisan semua projek usahasama bagi tempoh 1991 hingga 2007, jumlahnya adalah melebihi RM 500 juta,” jelas Ilham.

Setakat ini aset tetap yang dimiliki oleh Yayasan Selangor bernilai RM500 juta dan aset semasa dalam bentuk wang tunai berjumlah RM51 juta berbanding hanya RM21 juta pada tahun 2007.
Share this article :

Tiada ulasan:

Blogger Widget Get This Widget
 
Support : Creating Website | Johny Template | Mas Template
Copyright © 2011. Cananglahnie - All Rights Reserved
Template Created by Creating Website
Proudly powered by Blogger