DAP hari ini telah mengecam sekeras-kerasnya filem anti-Islam terbaru yang dikatakan menghina agama Islam dan juga Nabi Muhammad.
Menurut Lim Guan Eng, Setiausaha Agung DAP, “ Filem ini bukan sahaja kurang sensitif tetapi jelas bertujuan untuk mengapi-apikan sentimen keagamaan dan harus ditarik balik daripada mana-mana laman web termasuk Youtube dengan serta mer
ta”.
Dalam kenyataan itu juga beliau menjelaskan bahawa sungguhun DAP menjunjung prinsip kebebasan bersuara dan berkreativiti, namun setiap karya yang dihasilkan perlulah mempunyai tanggungjawab moral ke atas budaya dan kepercayaan mana-mana agama mahupun bangsa”.
Beliau juga menyifatkan bahawa apa jua kebebasan berkarya tidak wajar disalahgunakan seperti yang telah berlaku dalam filem tersebut.
Justeru, DAP menyeru rakyat agar menolak karya ini kerana ia jelas telah membawa penghinaan kepada agama dan kepercayaan masyarakat Islam.
Pada masa yang sama, DAP turut mengecam keganasan yang telah berlaku ke atas empat orang rakyat Amerika termasuk dutanya di Libya, Christopher Stevens yang terbunuh dalam insiden yang dipercayai berpunca daripada kemarahan masyarakat Islam Libya ke atas filem tersebut.
“ Keganasan bukanlah jalan penyelesaian, khususnya berkaitan isu ini ”.
Tambah Ahli Parlimen Bagan ini lagi.
Beliau turut menekankan bahawa demokrasi dan kebebasan bukanlah lesen untuk mana-mana pihak menggunakan atau memperalatkan bangsa, agama, budaya atau kepercayaan untuk mencetuskan sengketa atau permusuhan.
Selain daripada itu, beliau turut menyarankan agar apa-apa bantahan terhadap filem ini haruslah dikemukakan dengan cara yang paling baik demi mengelak kejadian-kejadian yang lebih buruk lagi.
Kenyataan ini adalah reaksi DAP terhadap isu yang dicetuskan oleh sebuah filem yang bertajuk ‘Innocence of Muslim’ yang telah mencetuskan kemarahan umat Islam seluruh dunia

Tiada ulasan:
Catat Ulasan