SHAH ALAM - Sekumpulan lelaki hari ini mengadakan demostrasi di depan ibu pejabat PKR di Petaling Jaya tengah hari tadi dan didakwa bertindak ganas dengan menyerang premis parti itu.
Setiausaha Wanita PKR, Juwairiya Zulkifli berkata kumpulan seramai 30 orang lelaki terbabit, didakwa memakai kemeja-T Umno dan Barisan Nasional.
"Mereka memegang kain rentang sambil menjerit antaranya, 'Jalur Gemilang' dan mengeluarkan kata-kata kesat terhadap Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim," katanya.
"Tak cukup dengan itu, kumpulan itu akhirnya bertindak ganas dengan cuba menumbuk mereka yang cuba mengawal keadaan," katanya lagi.
Insiden yang berlaku pada jam 12.30 tengah hari tadi dapat dileraikan 10 minit kemudian dengan bantuan 20 anggota polis.
Ahad lalu, Anwar diserang di Masjid Al-Hussain, Seberang Pumpong, Alor Setar, Kedah ketika memberikan tazkirah.
Sebelum itu, bas jelajah Merdeka Rakyat dibaling batu serta disimbah cat merah di Kelantan Sabtu lalu.

Tiada ulasan:
Catat Ulasan