Home » » Jom Kita Kenali YB Ustaz Mokhtar Shafie Adun Sungai Bakap, Pulau Pinang

Jom Kita Kenali YB Ustaz Mokhtar Shafie Adun Sungai Bakap, Pulau Pinang

Written By canang on Khamis, 27 September 2012 | 9/27/2012 10:58:00 PTG



Dilahirkan pada 3hb Julai 1949 di Sungai Bakap, Pulau Pinang. Setelah tamat pengajian di Sekolah Pondok Pokok Sena Kepala Batas, melanjutkan pelajaran di India dan seterusnya ke Universiti Al-Azhar, Mesir dalam bidang Pengajian Islam.

Pulang ke tanahair pada tahun 1972 dan berkhidmat kepada anak watan di dalam bidang perguruan di SM Tuanku Muhammad, Kuala Pilah Negeri Sembilan. Pada tahun 1978 berpindah ke SM Perempuan St.George, Pulau Pinang. Setahun kemudian berpindah ke SM Tun Syed Sheh Barakbah, Sungai Bakap.

Tahun 1994 dinaikkan pangkat & berkhidmat di Jabatan Pendidikan Pulau Pinang sebagai Penyelia Pendidikan Islam dan pada tahun 1997 dianugerahkan pingat Ahli Mangku Negara (AMN) oleh Seri Paduka Baginda Yang di Pertuan Agong. Pada awal 1998 dinaikan pangkat sebagai Penolong Pegawai Pendidikan Daerah, Seberang Perai Selatan.

Menganggotai ABIM sejak tahun 1978 ; pernah dilantik sebagai Pengerusi ABIM Daerah Seberang Perai Selatan & Timbalan YDP ABIM Pulau Pinang.

Menganggotai Persatuan Ulama' Malaysia, Pulau Pinang (PUMPP) dan diamanahkan jawatan Setiausaha PUMPP.

Bersara secara pilihan pada akhir tahun 1999 setelah berlaku peristiwa pemecatan dan fitnah terhadap DSAI, lalu bertanding dalam PRU-10, PRU-11 dan Alhamdulillah berjaya pada PRU-12 ini.
Share this article :

Tiada ulasan:

Blogger Widget Get This Widget
 
Support : Creating Website | Johny Template | Mas Template
Copyright © 2011. Cananglahnie - All Rights Reserved
Template Created by Creating Website
Proudly powered by Blogger