Home » » Perancis Siar Gambar Hina Nabi Dalam Majalah

Perancis Siar Gambar Hina Nabi Dalam Majalah

Written By canang on Jumaat, 28 September 2012 | 9/28/2012 10:00:00 PG



Sementara protes filem Innocense of Muslims masuk minggu kedua, sebuah majalah satira Perancis, Charlie Hebdo pula menerbitkan karikatur Nabi Muhammad SAW hari ini sehingga membawa kepada kritikan pihak berkuasa negara itu dan menambah kemarahan umat Islam.

Majalah Perancis Siar Gambar Hina Nabi, Umat Islam Bertambah Marah

Perkembangan itu menyebabkan polis rusuhan terpaksa dikerah untuk melindungi pejabat majalah tersebut.

Muka depan majalah terbabit yang menunjukkan Yahudi Ortodoks menolak serban seorang individu yang digambarkan sebagai Nabi Muhammad, malah beberapa gambar didalam majalah tersebut turut diletakkan termasuk gambar bogelnya.

Editor majalah itu berkata pihaknya “akan mengejutkan” mereka yang mahu dikejutkan.
Majalah Perancis Siar Gambar Hina Nabi, Umat Islam Bertambah Marah
Muka Hadapan Majalah Tersebut

Majalah tersebut dikeluarkan ketika bantahan yang meruncing terhadap filem anti – Islam tersebar di internet. Menteri Luar Perancis, Laurent Fabius mengutuk keputusan Charlie Hebdo yang bersifat provokatif dan telah mengarahkan untuk meningkatkan kawalan keselamatan di pejabat diplomatik di negara – negara Islam.

Editor majalah tersebut, pada asalnya seorang kartunis yang menggunakan nama Charb, nafi melakukan provokasi terhadap perkara tersebut.
“Ia adalah satu kebebasan akhbar, adakah ia satu provokasi?” katanya.

“Saya tidak menyuruh masyarakat Islam untuk membaca Charlie Hebdo, seperti mana saya tidak akan pergi ke masjid untuk mendengar khutbah, mendengar perkara yang saya sendiri tidak percaya,” katanya.

Seorang imam besar masjid di Paris, Dalil Boubakeur menyeru umat empat juta umat Islam di Perancis agar bertenang.

“Ia adalah satu kekeliruan, kesedihan dan kebimbangan yang telah saya lalui, di mana ia menambah lagi kemarahan umat Islam yang berlaku sekarang di seluruh negara Islam,” kata beliau.

“Saya merayu kepada mereka agar untuk tidak mencurah minyak dalam api yang sedang marak,” katanya.

Majlis Islam Perancis turut memohon umat Islam agar bertenang.

Share this article :

Tiada ulasan:

Blogger Widget Get This Widget
 
Support : Creating Website | Johny Template | Mas Template
Copyright © 2011. Cananglahnie - All Rights Reserved
Template Created by Creating Website
Proudly powered by Blogger