Shaariibuu: Altantuya pernah tunjukkan gambar bersama Najib
Shaariibuu Setev (gambar) mendakwa bahawa anaknya, Altantuya pernah menunjukkan gambarnya bersama Najib Razak dan Abdul Razak Baginda, sebelum Altantuya datang ke Malaysia. Menurut Shaariibuu Setev, Altantuya menuding kepada Najib dalam gambar, sambil berkata dirinya mahu datang ke Malaysia untuk bertemu dengan Najib, agar memutuskan sesuatu.
Shaariibuu Setev yakin bahawa dirinya mampu mengaitkan kes pembunuhan anak perempuannya dengan pembelian kapal selam, dan sudi menampilkan diri sebagai saksi dalam perbicaraan di mahkamah Perancis.
"Seandainya mahkamah Perancis meminta saya menjadi saksi, saya sudi untuk hadir dan memberi keterangan saya di situ. Apa yang penting, saya mendedahkan apa yang saya ketahui pada masa yang tepat," katanya dalam satu sidang media.
Shaariibuu Setev menambah, sebelum anak perempuannya datang ke Malaysia, beliau bertanyakan sebabnya. Altantuya pada ketika itu menunjukkan satu gambar yang diambil bersama Najib dan Abdul Razak Baginda, malah mendakwa gambar itu diambil di Perancis.
Shaariibuu Setev menjelaskan, Altantuya pada ketika itu menuding kepada Najib dalam gambar, berkata dirinya mahu datang ke Malaysia untuk bertemu dengan Najib agar memutuskan sesuatu. "Saya beritahunya, tidak memadai untuk berbuat begitu, tetapi beliau (Altantuya) tetap dengan keputusannya," kata Shaariibuu.
Shaariibuu Setev menambah, "Seandainya saya tahu dia (Altantuya) akan ditimpa malapetaka, saya akan menyimpan gambar tersebut. Ramai saksi yang pernah nampak gambar tersebut."
Pada Julai 2008, Najib Razak yang pada ketika itu menyandang jawatan Timbalan Perdana Menteri, menafikan bahawa dirinya kenal dan pernah berjumpa dengan Altantuya Shaariibuu.
Beliau berkata tuduhan yang mengaitkan dirinya dengan Altantuya adalah pembohongan yang berniat jahat, dengan motif untuk mengalih pandangan rakyat.

Tiada ulasan:
Catat Ulasan