Home » » JALANRAYA BAKAL BERDARAH LAGI DENGAN KEBANGKITAN ANAK MUDA 3 NOVEMBER 2012

JALANRAYA BAKAL BERDARAH LAGI DENGAN KEBANGKITAN ANAK MUDA 3 NOVEMBER 2012

Written By canang on Khamis, 4 Oktober 2012 | 10/04/2012 02:01:00 PTG

KUALA LUMPUR, 3 Okt — Pakatan Rakyat (PR) akan mengadakan perhimpunan besar-besaran pada 3 November untuk menuntut pilihan raya yang bersih, kata Timbalan Presiden PAS Mohamad Sabu hari ini.

Beliau berkata keputusan ini dibuat kerana mereka mendapati “bahawa lapan tuntutan Gabungan Pilihan Raya Bersih dan Adil (Bersih 2.0) hampir tidak diendahkan oleh pemerintah (Barisan Nasional)”.

Bersih 2.0 menuntut daftar pemilih dibersihkan, reformasi sistem undi pos, gunakan dakwat kekal, tempoh kempen minimum 21 hari, akses kepada media yang adil, pengukuhan institusi awam, hentikan rasuah dan politik kotor.

Gerakan reformasi pilihan raya itu juga telah berkata bahawa ia akan mengadakan konsert pada 13 Oktober untuk mengingatkan Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) bahawa lapan tuntutan masih belum ditunaikan.

Acara itu akan diadakan bermula dari pukul 6 petang di Stadium Kelana Jaya, juga akan mencari dana bagi membantu Bersih 2.0 untuk membiayai kempen pra-pilihan raya seluruh negara untuk mengekalkan momentum dari perhimpunan 28 April lalu.

Bersih 2.0 juga pada bulan Ogos lalu melancarkan kempen mengumpul dana RM1 untuk membantu mengumpulkan RM250,000 bagi perbelanjaan perubatan dan undang-undang akibat daripada perhimpunan 28 April lalu.

Gabungan lebih 82 pertubuhan bukan kerajaan (NGO) yang diwujudkan sejak tahun 2007 itu telah mengadakan perhimpunan ketiga untuk pilihanraya yang bebas dan adil di ibu kota pada 28 April lalu, yang menyaksikan penyertaan berpuluh-puluh ribu oranG



Share this article :

Tiada ulasan:

Blogger Widget Get This Widget
 
Support : Creating Website | Johny Template | Mas Template
Copyright © 2011. Cananglahnie - All Rights Reserved
Template Created by Creating Website
Proudly powered by Blogger