Home » » NAJIB TAKUT UMUM PRU 13,TAPI TAKUT MASUK PARLIMEN MENDENGAR PERBAHASAN BAJET 2013 OLEH DSAI

NAJIB TAKUT UMUM PRU 13,TAPI TAKUT MASUK PARLIMEN MENDENGAR PERBAHASAN BAJET 2013 OLEH DSAI

Written By canang on Isnin, 1 Oktober 2012 | 10/01/2012 08:31:00 PTG

Seperti yang diduga PM Najib hari ni tak berani jejak kaki masuk ke dalam parlimen apabila Ketua Pembangkang berbahas bajet 2013 yang dibentangkan Najib pada hari Jumaat yang lalu.Najib juga adalah Menteri Kewangan merangkap Menteri Wanita Malaysia gantikan Ketua Wanita Umno yang keluarganya terpalit dengan skandal NFC RM250 juta.

Di luar parlimen Najib memang hebat,bersemangat berucap berapi-api pertahankan kerajaan Umno-BN tapi apabila tiba untuk bajet 2013 dibahaskan Najib hilangkan diri.Ada orang kata kat saya Najib umpama orang yang main Dam Aji.Menang sepapan terus cabut lari.Lepas tu habaq kat orang kata dia menang dan hebat sebab dapat kalahkan lawannya.Sepatutnya kena main tiga papan baru tau sapa kalah atau menang.Najib berkokok merata permainkan tarikh pru 13 tah dah berapa kali tapi tak berani umum bila nak buat pilihanraya.Najib bukan saja takut nak umum tarikh pru 13 nak dengar perbahasan Ketua Pembangkang pun takut.Inilah PM kita semua orang tau perangai dia.

Harakahdaily melaporkan ,antara yang bangkit mencelah semasa Anwar membahaskan bajet itu adalah Datuk Abdul Rahman Dahlan (BN-Kota Belud) serta Datuk Tajuddin Abdul Rahman (BN-Pasir Salak).
Anwar yang nyata kecewa dengan keadaan berlaku itu sempat membidasnya di hujung perbahasannya.
"Sebab itu dalam belanjawan, tradisinya bila kita hujah menteri kewangan (Najib) kena ada. Ini kita ajak debat tak berani, nak bahas di parlimen pun tak sanggup, kemudian suruh back-benchers sahaja pertahan.
"Dia tak pernah duduk dalam kabinet, dia tak tahu apa dasar. Dia hanya baca angka ikut jabatan statistik" katanya merujuk kepada back benchers.

Anwar bidas PM tiada di dewan ketika bajet dibahas
Ketua Pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim membidas perdana menteri yang tiada di Dewan Rakyat sewaktu beliau membahaskan Bajet 2013 yang dibentangkan Datuk Seri Najib Razak Jumaat lalu.

"Secara tradisinya menteri kewangan akan hadir di dewan sewaktu perbahasan. Hendak debat (dia) tak berani. Hendak bahas di Parlimen dia tak datang," kata Anwar sewaktu memulakan perbahasannya sekitar jam 11.40 pagi tadi.

Menurut Anwar, Najib sebaliknya hanya membiarkan penyokong-penyokong kerajaan mempertahankan bajet itu.

Namun tambahnya, mereka bukan anggota jemaah menteri, tidak tahu perangkaan yang dipetik mereka sendiri dan hanya bergantung kepada statistik yang diberikan Jabatan Statistik Negara.

Beliau berkata demikian sewaktu membidas MP Kota Belud, Datuk Abdul Rahman Dahlan yang mencelah dan mendakwa kerajaan Persekutuan memberikan peruntukan yang jauh lebih banyak daripada cukai dikutip dari negeri-negeri Pakatan.

"Permatang Pauh (Anwar) boleh persoal angka-angka ini tetapi ia datang daripada Jabatan Statistik," katanya.

Anwar kemudian menjawab yang statistik sentiasa boleh dimanipulasi dan dibohongi.

"Tidak benar pendapatan Selangor kurang daripada belanjawan. Ia tidak logik dari segi ekonomi, dari mana wang itu diperolehi?" kata Anwar
Share this article :

Tiada ulasan:

Blogger Widget Get This Widget
 
Support : Creating Website | Johny Template | Mas Template
Copyright © 2011. Cananglahnie - All Rights Reserved
Template Created by Creating Website
Proudly powered by Blogger