Berbaki kurang tujuh bulan sebelum mandat semasa Barisan Nasional (BN) berakhir pada 28 April 2013, BN dan Pakatan Rakyat kini giat mempertingkatkan kempen pilihanraya dan memancing undi terutamanya di Sabah kebelakangan ini.
Ketua Pembangkang, Anwar Ibrahim sekali lagi mendahului musuh ketatnya yang juga Perdana Menteri, Najib Altantuya mengadakan lawatan selama dua hari bermula Jumaat ini, 12 Oktober 2012 hingga Sabtu ke parlimen Keningau, Tenom dan Pensiangan.
Manakala Najib Altantuya pula dijadual melawat Penampang, Kundasang dan Kudat yang akan bermula keesokkan harinya sehingga Ahad.
Ini merupakan kali kelima Najib Altantuya melawat Sabah, petanda simpanan tetap BN tersebut kini sudah tidak selamat untuk terus menggantungkan harapan mempertahankan Putrajaya.
Anwar pula terus menggunakan mood menyerang seberapa banyak kawasan parlimen yang berpotensi untuk ditawan selepas mendapat suntikan semangat awal Julai dan September lalu berikutan penyertaan beberapa tokoh penting menyertai parti itu selain tindakan berpaling tadah ahli parlimen Tuaran, Wilfred Bumburing dan ahli parlimen Beaufort yang juga bekas Timbalan Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan, Lajim Ukin.
Di saat Najib Altantuya bertungkus-lumus mempertahankan Sabah bersama-sama dengan Ketua Menteri yang semakin tidak digemari, Musa Aman dan Naib Presiden Umno, Shafie Apdal, Anwar pula memperkemas strategi menawan beberapa lagi kawasan parlimen yang dianggap berpotensi untuk dimenangi.
Antaranya Kota Belud, Putatan, Penampang, Keningau, Tenom, Pensiangan dan Beluran.
Empat tahun dahulu, kesemua kawasan parlimen tersebut berada pada kategori B, akan tetapi mengikut perkembangan semasa, kesemuanya kini tersenarai dalam kategori A.
Kategori B bermaksud peluang untuk menang adalah 35 hingga 45 peratus manakala kategori A pula ditafsirkan mempunyai peluang cerah antara 45 hingga 55 peratus.
Inilah yang membimbangkan Najib Altantuya kerana menurut risikan tentera yang diperolehi bulan lalu, sokongan terhadap BN semakin menurun manakala Pakatan Rakyat pula meningkat walaupun grafnya agak perlahan.
Ini bertepatan dengan kajian terbaru yang dikeluarkan Merdeka Center yang mendakwa sokongan terhadap BN kian merosot manakala Musa Aman pula semakin tidak popular di kalangan masyarakat Bumiputera Bukan Islam terutamanya Kadazandusun dan Murut.
Perbalahan dalaman Umno juga menyumbang kepada ketidakstabilan BN negeri kerana Shafie berhasrat mahu menggantikan Musa yang dipalit dengan skandal pindahan wang berjumlah SGD16 juta tunai (RM35 juta) dari Hong Kong oleh kroni rapatnya, Michael Chia pada 2009.
Sementara Shafie pula dengan skandal membabitkan artis terkenal Zahida Rafik yang hidup mewah hasil pemberian berjuta-juta ringgit yang diragui dari mana sumbernya.
Daripada 26 kerusi yang akan direbut, BN hampir pasti tidak mampu mengekalkan kesemua 25 kerusi yang dimenanginya dalam pilihanraya umum lalu.
Anwar pula melihat keadaan ini peluang terbaik mengambil kesempatan cuba untuk melemahkan sokongan kaum tersebut kepada Parti Bersatu Sabah (PBS) yang diterajui timbalan ketua menteri, Joseph Pairin Kitingan dan United Pasokmomogun Kadazandusun Organization (UPKO) yang diketuai Bernard Dompok.
Sementara parti komponen BN lain termasuk Parti Bersatu Rakyat Sabah (PBRS) dan Parti Liberal Demokratik (LDP) dianggap tidak menjadi ancaman besar tetapi kubu mereka akan tetap digempur.
BN kehilangan dua kerusi parlimen ekoran tindakan Parti Maju Sabah (SAPP) mengumumkan keluar daripada komponen tersebut pada 17 September 2008 iaitu Sepanggar dan Tawau menjadikannya tinggal 23 selain DAP menang di Kota Kinabalu dalam pilihanraya umum lalu.
Presidennya, Yong Teck Lee dalam satu kenyataan berkata partinya akan berusaha mempertahankan kedua-dua parlimen tersebut dan tidak akan bertanding sesama sendiri menentang calon Pakatan Rakyat terutamanya KEADILAN sebagai tanda sepakat menumbangkan BN.
Umno pula semakin tamak apabila mengumumkan akan bertanding mewakili BN di kedua-dua parlimen tersebut walaupun Sepanggar didominasi Bumiputera Bukan Islam dan Cina manakala Tawau pula, hampir separuh pengundi berdaftar merupakan kaum Cina.
Ini pasti menambah masalah buat BN negeri yang berusaha mempertahankan seberapa banyak kerusi daripada jatuh ke tangan Pakatan Rakyat.
Tetapi kebimbangan Anwar terhadap kemaraan Parti Reformasi Sabah (STAR) tidak boleh diambil ringan kerana parti pimpinan Jeffrey Kitingan juga berhasrat bertanding seberapa banyak kerusi sekaligus gagal mengelak pertembungan tiga atau lebih penjuru yang memberi kelebihan kepada BN.
Tiada perkembangan baru mengenai suruhanjaya siasatan diraja (RCI) berkenaan isu pendatang tanpa izin di negeri itu dan seharusnya Anwar memanfaat peluang ini menjanjikan satu penyelesaian konkrit yang tidak mampu diselesaikan Najib Altantuya selama menjawat jawatan perdana menteri.
Hakikatnya, Sabah masih terbuka untuk Pakatan Rakyat menambah sokongan sebelum parlimen bakal dibubar menjelang hujung tahun ini menurut ramalan Anwar.
Secara matematiknya, sekiranya dakwaan Penasihat DAP, Lim Kit Siang bahawa 14 kerusi parlimen bakal dimenangi Pakatan Rakyat, BN pasti melalui jalan berliku untuk kekal berkuasa sekurang-kurangnya sepenggal lagi di Putrajaya.
JALAN PULANG

12 ulasan:
Kalau Benar tidak ada sambutan untuk BN di Sabah. Kenapa masih ramai yang meyokong parti ini. Kalau kita lihat dengan kajian Merdeka Center belum pasti boleh dipercayai sepenuhnya. Mungkin ini cuma kajian kecil dan yang pasti keputusan yang tepat mengenai semua ini ada PRU13. Jadi kita tunggu PRu13 untuk menjawap persoalan tersebut.
Kecenderungan pembangkang untuk memutarbelitkan fakta dengan mendakwa bahawa kerajaan Barisan Nasional di Sabah tidak banyak yang dilakukan adalah mencerminkan tidak matang mereka politik
All apposition do is hurl accusations at the government but that can incite anger among the people because their intent is to get cheap support
Pemerintahaan pembangkang di negeri2 pembangkang ramai rakyat tidak berpuas hati. KM Sabah menasihati para pemimpin BN di Sabah supaya lebih mengutamakan rakyat.
CM Musa Aman menggesa rakyat Sabah untuk terus memberi sokongan mereka kepada BN untuk memastikan kemenangan dalam pilihan raya umum ke-13
the people’s support for BN will continue to grow and there will be even greater teamwork among the members of the BN parties in facing the impending elections.
rakyat sabah masih menyokong BN...pembangkang pula hanya seronok sendiri...
bahkan peluang BN sabah untuk menang pada pru13 nanti adalah jauh lebih besar daripada PR...ini kerana PR terpaksa berhadapan dengan SAPP dan Star...undi pembangkang akan pecah..
selain itu, tuduhan yang kononnya musa aman terlibat dalam skandal penggubahan wang haram rm40 juta itu sudah dibuktikan tidak benar...
kajian mereka center itu juga tidak kukuh...metodologi kajian yang diguna pakai juga bersifat bias...
Sokongan rakyat terutamanya di Sabah terhadap Barisan Nasional (BN) masih kukuh dan mereka akan terus memberi mandat kepada BN untuk kembali menerajui pucuk pimpinan negara.
Ketua Pemuda Umno Keningau, Azman Hj Ruslan berkata, keyakinan tersebut adalah berasaskan kepada banyak faktor yang begitu jelas dapat dilihat dalam scenario politik semasa di Negara ini.
“Kerajaan BN-UMNO mempunyai halatuju dan agenda perjuangan yang jelas, relevan, matang, progresif, kompetitif, kondusif dan berinovatif untuk membawa masyarakat pelbagai kaum dan agama di negara ini ke tahap kemajuan yang lebih tinggi, seiring dengan tuntutan semasa.
BN tetap kukuh di Sabah
Catat Ulasan