Terletak di selatan Seberang Perai, bandar kecil dengan penduduk berjumlah hampir 50,000 orang ini berada di hujung negeri ini di bahagian tanah besar.
Di sinilah sempadan antara negeri Pulau Pinang dan Perak.
Mungkin kerana jaraknya yang jauh dengan George Town menyebabkan tidak ramai yang mahu ke sini kecuali mereka yang berminat untuk makan bubur ketam Teochew yang terkenal, anak sotong rebus dan kari udang.
Jauh dari laut, mungkin agak aneh jika bandar ini terkenal dengan “makanan laut” namun meletakkan Sungai Krian yang merentasi bandar ini, ketam lumpur dan udang air tawar boleh didapati dengan mudah.
Jawi adalah bandar yang tersibuk di parlimen ini dimana kedai-kedai, medan selera, pasar, restoran dan pasar runcit serta pejabat kerajaan berada di situ.
Nibong Tebal terbahagi kepada tiga kawasan dewan undangan negeri (DUN) - Jawi, Sungai Acheh dan Sungai Bakap.
Nibong Tebal terdiri dari 55 peratus yang bukan Melayu, dan 45 peratus terdiri daripada Melayu, yang kebanyakannya berada di Sungai Acheh, iaitu pertanian sebagai punca industrinya.
Kerana itu parlimen ini dianggap sengit dengan kedua-dua parti perlu memuaskan hati kedua-dua kaum Melayu dan Cina.
Sebelum ini, Nibong Tebal dan ketiga-tiga kerusi DUN; Jawi, Sungai Acheh dan Sungai Bakap adalah kerusi untuk Barisan Nasional (BN).
Dalam pilihan raya 2004, pendatang baru Umno (BN) Datuk Zainal Abidin Osman memenangi kerusi parlimen ini dengan majoriti 6,005 undi dan tiga kerusi DUN namun pada tahun 2008, BN cuma dapat mempertahankan DUN Sungai Acheh dengan majoriti tipis 250 undi.
Dalam pilihan raya akan datang, Zainal dikatakan salah seorang calon untuk memenangi kerusi itu semula walaupun ahli parlimen sekarang, Tan Tee Beng yang memenangi kerusi ini dengan tiket PKR, kini merupakan ahli parlimen bebas.
Zainal sebelum ini merupakan setiausaha parlimen untuk kementerian luar negeri semasa beliau menjadi ahli parlimen Nibong Tebal pada tahun 2004.
Sebagai seorang anak tempatan, Zainal terkenal di kalangan penduduk kampung, tetapi tidak dikenali di kalangan masyarakat Cina.
Beliau sering dilihat bersama dalam majlis yang dihadiri oleh bekas Adun Jawi yang akan bertanding kembali, untuk menunjukkan perpaduan dalam BN.
Sejak akhir-akhir ini Nibong Tebal telah “diserang” oleh BN dalam percubaan untuk memenangi dua kerusi Dun dan parlimen dalam pilihan raya kali ini.
Tahun ini, perdana menteri Datuk Seri Najib Razak mengumumkan peruntukan bernilai RM8.5 juta untuk Nibong Tebal. Peruntukan ini untuk projek membina dewan serbaguna di Nibong Tebal (RM 3 juta), mengecat semula perumahan orang Cina di India (RM2 juta) dan Sekolah Agama Rakyat Al-Amin (RM1.8 juta).
Beberapa bulan yang lalu, Tan telah menyerahkan peralatan dapur bernilai RM160,000 kepada golongan ibu tunggal dan mereka yang berpendapatan rendah di bawah program 1Azam.
MCA juga melancarkan kempen “Jom Masuk Kampung” dalam siri jelajah di Pulau Pinang dengan pemimpin tertinggi MCA melawat di seluruh kampung di kawasan tersebut.
Baru-baru ini, BN menambah RM3 juta, RM1 juta lebih tinggi dari sebelumnya, untuk membina SMJK Jit Sin II yang terletak dalam parlimen tersebut. Sekolah itu juga sedang mengumpulkan RM30 juta bagi tujuan pembinaan.
Walaupun tumpuan yang diberikan BN terhadap kawasan parlimen ini, tetapi orang ramai tidak berpuas hati. “Kami bukan budak kecil yang hanya boleh senyap jika diberikan gula-gula.
Mereka ingat kami ni bodoh?” kata seorang penduduk bila ditanya apa perasaannya jika BN memberi sumbangan di dalam kawasan mereka.Selepas berbual dengan penduduk kampung, adalah jelas sentimen meluat, kecewa dan benci terhadap BN dan pemimpinnya.
“Mereka ingat kami orang kampung tidak tahu menggunakan Internet untuk mendapatkan cerita rasuah dan keburukan mereka? Mereka membelanjakan wang kita seperti wang mereka sendiri, dan bila pilihan raya tiba, mereka memberikan barangan seperti itu adalah wang dari poket mereka,” kata penduduk Jawi tersebut.
Ramai yang berkata tidak akan memberi BN peluang untuk menipu mereka lagi. “Jika saya nampak mereka, saya akan pergi dari sini. Saya merasakan inilah masanya kita menukar kerajaan persekutuan, bukan negeri dan ahli parlimen sahaja,” kata seorang lagi penduduk yang membaca berita politik dari Internet.
Beliau berkata, dia tidak kisah tentang siapa calon, tetapi lebih kepada BN menentang Pakatan Rakyat. “Jika PR meletakkan PAS sebagai calon, saya pasti PR akan tetap menang,” katanya lagi.
Dia menambah taktik menakut-nakutkan orang ramai tentang hudud tidak menakutkan orang bukan Melayu untuk mengundi PR tetapi membuatkan orang menyampah dengan BN. “Mereka ingat kami bodoh. Kami semua tahu hudud hanya untuk orang Islam, jadi kenapa kita perlu takut terhadap sesuatu yang tidak ada kaitan dengan kita?”
Zainal dijangka akan berhadapan dengan Timbalan Ketua Menteri II Datuk Mansor Othman, pengerusi PKR negeri, yang merupakan ahli DUN Penanti dan beliau dilihat untuk ke posisi yang lebih besar, untuk posisi Kabinet sekiranya PR berjaya menawan Putrajaya.
Seorang ahli PKR berkata penduduk Nibong Tebal masih lagi marah dengan Tee Beng meninggalkan parti dan menjadi ahli bebas yang mesra BN. “Hakikatnya, pengundi merasakan ini adalah kerja jahat BN dan kemarahan mereka bakal memberikan undi yang lebih kepada PKR,” katanya lagi.
Mansor dipilih untuk bertanding di kawasan ini kerana beliau adalah pengerusi PKR negeri dan Timbalan Ketua Menteri II. “Jika beliau bertanding, pengalaman beliau menjadi kelebihan bagi PKR,” katanya lagi.
Ada cakap-cakap mengatakan Ketua Pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim akan mengambil kerusi ini tetapi beliau telah mengesahkan untuk bertanding di Permatang Pauh. Terdapat juga spekulasi mengatakan anak kedua Anwar, Nurul Nuha akan bertanding di Nibong Tebal.
Mansor mengesahkan nama Nurul Nuha juga disenaraikan dalam menjadi calon di Nibong Tebal.
Jadi apakah Nurul Nuha atau Mansor akan menjadi calon? Mengikut pengundi, tidak mengapa walau siapapun menjadi calon.
“Asalkan calon Pakatan Rakyat, kami akan pilih, tetapi kami tidak mahu katak seperti dahulu jadi letakkan mereka yang betul-betul berkaliber di sini,” katanya lagi. Walaupun terdapat reaksi positif di sini, ahli akar umbi parti masih lagi berkata ia akan menjadi pertarungan yang sengit.
“Kami tidak begitu risau dengan pengundi Cina, tetapi memenangi undi Melayu agak sukar, jadi ia akan menjadi sengit,” kata beliau lagi.-opalyn mok, malaysian insider.

Tiada ulasan:
Catat Ulasan