Keperluan yang sangat mendesak bagi PAS juga PKR dan DAP sekarang ialah melipatgandakan penerangan kepada para pengundi Melayu di luar bandar dan juga di dalam bandar untuk menolak fitnah musuh Pakatan Rakyat.
Fitnah paling jijik itu kononnya PAS menjadi kuda tunggangan DAP dan PAS sudah tersasar daripada dasar Islamnya. Sasaran mereka, terutamanya pengundi l
uar bandar.
Sepanjang yang mengenai PAS, jentera penerangannya di seluruh negara telahpun bergerak sepenuhnya untuk menolak fitnah ini. Mereka telah masuk ke ceruk rantau negara, jauh di pedalaman, di perkampungan Felda, di kawasan pekebun kecil dan nelayan pantai, di mana saja walaupun menempuh pelbagai kesukaran.
Mereka telah menjalankan usaha sungguh-sungguh menolak fitnah ini, bahawa PAS masih kekal dengan perjuangan Islamnya dan sama sekali tidak berkompromi dengan dasarnya serta tidak ada bukti sama sekali bahawa ia pernah merelakan dirinya menjadi alat pihak manapun.
Seperti diketahui, pengundi Melayu bukan saja banyak di luar bandar bahkan juga banyak di dalam bandar dan semi bandar, terutama di kalangan sesetengah kakitangan awam dan swasta yang sudah bersara. Sesetengah golongan veteran ini, untuk puluhan tahun berada dalam suatu suasana selesa dan jarang benar terdedah kepada pelbagai bentuk perjuangan, apalagi mengenai perjuangan menegakkan demokrasi dan hak-hak asasi rakyat. Oleh itu perihal demokrasi dan hak rakyat hampir-hampir menjadi suatu yang asing kepada mereka. Kerana itu mereka tidak sensitif terhadap isu rasuah, penyelewengan, salah guna kuasa, kronisme dan lain-lain.
Di luar bandar, petugas PAS, khususnya Lajnah Penerangan di peringkat negeri, kawasan dan cawangan memang sudah berusaha sungguh-sungguh sejak lama dulu memberikan penerangan kepada penduduk luar bandar.
Namun dengan serangan bertubi-tubi dan fitnah yang ditaburkan oleh musuh Pakatan Rakyat siang dan malam, terutama hampir dengan PRU Ke-13 ini, maka pengembelingan seluruh tenaga penerangan dalam Pakatan Rakyat sangat diperlukan untuk menolak fitnah jahat ini. Ertinya, petugas DAP dan PKR sendiri – iaitu parti yang banyak bertanding di kawasan bandar dan semi bandar perlu melipatgandakan lagi penerangan bersama dengan jentera PAS seluruh negara.
Memang diakui bahawa semua jentera komponan Pakatan Rakyat telah mengadakan begitu banyak program bersama penerangan seluruh negara, khususnya dengan kehadiran program jelajah dengan bas PKR ke seluruh negara di mana ia memberi kesan yang sangat ketara.
Program jelajah ini memperlihatkan kesepaduan gerak kerja komponan dalam Pakatan Rakyat, iaitu penceramah PAS dan DAP ikut sama dengan gerak kerja semua pendukung Pakatan Rakyat dan ini menunjukkan kesepaduan dalam Pakatan.
Namun meneliti perkembangan terkini dengan semakin kencangnya pelbagai tuduhan dan fitnah jahat, maka Pakatan Rakyat sangat perlu mengatur program ‘gerak gempur’ penerangan semaksima mungkin tidak henti-hentinya seluruh negara.
Keadaan kini sangat kritikal dan luar biasa iaitu musuh menggunakan seluruh jentera yang ada – media yang mereka kuasai, sesetengah NGO yang keliru, individu dan golongan yang berpengaruh tetapi mudah dikelirukan serta golongan berkepentingan dan pelbagai lagi.
Mereka yang menabur fitnah ini meneriakkan isu perkauman dan fahaman agama yang sempit dan merbahaya – konon sebagai pembela umat – tetapi tanpa mereka sedari sikap dan perbuatan mereka merosakkan imej Islam itu sendiri dan juga merosakan keharmonian rakyat pelbagai bangsa dan agama yang hidup damai selama ini.
Fitnah ini bukan saja dihamburkan oleh musuh PAS tetapi juga segelintir yang teramat kecil bilangannya dari kalangan ahli PAS sendiri serta mereka yang keliru. Adapun yang keliru ini termasuklah segolongan kecil agamawan yang tidak memiliki kemampuan untuk mengupas mengenai politik Islam dan pelbagai ijtihad ulama muktabar mengenainya.
Mereka biasanya tidak terdedah kepada tanzim haraki, jauh sekali daripada memahami Tahalluf-Siasi (pakatan dengan parti lain), suatu bidang yang biasanya tidak diajar dalam kuliah di masjid dan surau, jauh sekali di bilik kuliah universiti. Subjek ini kononnya ada elemen politik yang dilarang sama sekali daripada disebut dalam masjid dan surau. Pada hal Tahalluf-Siasi ini ada dalam Islam.
Pendedahan kepada konsep Tahalluf-Siasi yang dibenar oleh Islam ini hanya diperoleh di dalam usrah dan tamrin dan di taklimat parti yang biasanya hanya untuk para ahli parti saja. Adapun ceramah maka ia bersifat umum dan jarang diperincikan konsepTahalluf-Siasi ini.
Sasaran mereka yang menabur fitnah ini ialah anggota masyarakat yang keliru di bandar dan luar bandar, golongan yang enggan atau malas berfikir, menyebabkan mereka menerima bulat-bulat akan apa yang dituang oleh musuh PAS dalam media yang mereka kuasai.
Inilah perkembangan sangat mengerikan, yang disebut oleh ulama sejak lama dulu sebagai ‘zaman fitnah besar’ yang perlu ditangani oleh umat Islam, khususnya pendukung PAS, secara bijaksana.
Kesimpulannya, seperti saya katakana tadi, pengembelingan tenaga penerangan seluruh pendukung Pakatan Rakyat perlu dipertingkat dan usaha menolak fitnah ini mestilah dilakukan secara besar-besaran, berstrategi dan mengetahui sasarannya.
Saya yakin betapaun hebatnya fitnah ini, dengan izin Allah, PAS dan Pakatan Rakyat akan mampu mengatasinya. Justeru, kini sudah ada perubahan di sana sini di kalangan rakyat prihatin.
Rakyat prihatin ini, seperti yang ditunjukkan dalam Himpunan Hijau dan himpunan lain seluruh negara, terutama Himpunan Bersih 2.0 dan 3.0 dijangkakan akan menolak fitnah dan akan memberikan sokongan besar kepada Pakatan Rakyat dalam PRU akan datang.

Tiada ulasan:
Catat Ulasan