Home » » Semua nak diswastakan..tak mustahil nnt hospital pun diswastakan..mmg haram jadah mat monggol n the geng ne..puihhh

Semua nak diswastakan..tak mustahil nnt hospital pun diswastakan..mmg haram jadah mat monggol n the geng ne..puihhh

Written By canang on Isnin, 15 Oktober 2012 | 10/15/2012 12:00:00 PTG

STAF KTM SELURUH NEGARA BERPIKET ESOK BANTAH PENSWASTAAN KTMB
Kesatuan Pekerja-pekerja Keretapi Tanah Melayu Berhad (KPPKTMB) akan berpiket esok di hadapan Ibu Pejabat KTMB di Stesen KTM Kuala Lumpur bagi membantah penjualan badan itu kepada MMC Berhad milik Syed Mokhtar Al-Bukhari.

Setiausaha Agung KPPKTMB, Jaafar Alias berkata, peserta akan berkumpul di Stesen KTM Kuala Lumpur pada jam 5.25 petang dan berarak ke ibu pejabat KTMB.

Katanya, piket yang dijadual berlangsung hingga 6.30 petang itu akan disertai lebih 700 kakitangan KTMB seluruh negara, antaranya dari Johor Bharu dan Alor Setar.

“Piket esok tertumpu kepada pekerja KTMB sendiri, tetapi kami tidak halang jika badan seperti Kongres Kesatuan Sekerja Malaysia (MTUC) dan juga rakyat yang ingin hadir memberi sokongan,” katanya ketika dihubungi.

Melalui piket tersebut, Jaafar berkata, KPPKTMB berharap Najib Razak memberi perhatian terhadap tuntutan mereka dan tidak meneruskan penjualan itu.

Sumber : keadilandaily.com
Share this article :

Tiada ulasan:

Blogger Widget Get This Widget
 
Support : Creating Website | Johny Template | Mas Template
Copyright © 2011. Cananglahnie - All Rights Reserved
Template Created by Creating Website
Proudly powered by Blogger