Home » » Sila Sokong UMNO. Jika Tidak, Orang Melayu Akan Miskin & Merempat di Tanah Air Sendiri!!

Sila Sokong UMNO. Jika Tidak, Orang Melayu Akan Miskin & Merempat di Tanah Air Sendiri!!

Written By canang on Selasa, 30 Oktober 2012 | 10/30/2012 07:16:00 PTG



Gambar hiasan
Sebab Melayu Miskin Sila Menyokong UMNO. Jika Tidak, Orang Melayu Akan Miskin & Merempat di Tanah Air Sendiri!!Mahathir. Satu nama yang cukup dikenali sebagai pemimpin NO. 1 yang paling lama memerintah Malaysia iaitu selama 22 tahun.

Walaupun sudah lama bersara, tetapi beliau masih lagi lantang mengeluarkan kenyataan demi kenyataan samada melalui tulisan di blognya ataupun di mana sahaja, lebih-lebih lagi Malaysia….bakal melalui pertarungan politik paling sengit dalam sejarah Malaysia tidak lama sahaja lagi……

Sebelum ini, Tun Mahathir cukup terkenal dengan kenyataan seperti :

”lebih baik syaitan yang anda kenal daripada malaikat yang anda tidak kenal“

Yang mana syaitan merujuk kepada Barisan Nasional manakala Malaikat merujuk kepada Pakatan Rakyat. Katanya :

“malaikat” itu bukanlah golongan yang suci kerana “Kadangkala”, malaikat juga boleh buat banyak perkara salah
walaupun pembangkang mahu membuat perubahan, langkah itu tidak semestinya memberi kebaikan

Terbaru satu lagi bentuk peringatan yang ditujukan semasa berlangsungnya Kongres Ekonomi Melayu baru ini-baru ini, di mana kali ini dikhususkan kepada orang Melayu. Katanya :

“Masyarakat Melayu kini umpama pengemis di tanah air sendiri dan perlu menyokong Umno walaupun terdapat kekurangan, ataupun mereka tidak akan diendahkan”
“Kita penggemis di tanah air sendiri dan memerlukan pertolongan daripada orang lain walaupun sedikit,”

Kalau anda semak semula kenyatan di dalam video ucapannya semasa berlangsung Kongres Kesatuan Melayu, Mahathir ada mengingatkan kedudukan Melayu telah terpecah ekoran perbezaan politik dan orang Melayu perlu bersatu di bawah Umno bagi memastikan mereka mendapat tempat dalam kepimpinan negara.

“Walaupun mereka cacat, jika mereka menang atas sokongan kita, dan kesatuan kita, kita akan jadi lebih efektif kerana mereka bergantung kepada kita”

Dalam erti kata lain, dalam bentuk yang lebih mudah difahami, apa yang cuba disampaikan di sini bermaksud “rezeki anda, anda semua pada masa akan datang di tangan UMNO…Kalau tidak, anda akan mengemis macam pengemis di bumi sendiri”
Video Ucapan Tun Mahathir Semasa Kongres Kesatuan Melayu. LIHAT DI SINI dan DI SINI
Apa yang boleh kami katakan di sini Tun Mahathir ini banyak percanggahannya.

Adakah Melayu akan kaya kerana memangkah UMNO atau Melayu UMNO sahaja yang akan kaya?
Jika Mahathir lebih mengkhususkan kepada bangsa Melayu, ramai lagi rakyat Kelantan yang miskin. Adakah disebabkan mereka menyokong PAS? Oleh itu, mana-mana Melayu yang menyokong PAS akan jatuh miskin papa kedana.
Ataupun menyokong dan memangkah PAS akan jatuh bankrap?
Siapakah sebenarnya yang akan miskin, sesetengah Melayu UMNO atau orang Melayu secara keseluruhannya jika UMNO dan juga Barisan Nasional tidak mendapat kuasa politik di Malaysia selepas ini semasa Pilihanraya Umum ke 13 kelak?
Jadi….yang mana satu?

Baik Barisan Nasional mahupun Pakatan Rakyat. Menjadi penyokong sesebuah parti tidak mencerminkan keinginan rakyat Malaysia secara menyeluruh. Ahli UMNO ada sekitar 3 juta-4 juta orang ahli. Apa jadi kepada 24 juta – 25 juta rakyat Malaysia yang lain? Adakah mereka juga sebenarnya menyokong Barisan Nasional?

Tetapi itulah konsep di Malaya ini yang selama ini selalu digunakan dalam politik negara antaranya ialah :

‘if u are not with me, you’re against me’

Bangsa Melayu sudah dilihat semacam bergantung nyawa dengan politik untuk mencari sesuap nasi dan kekayaan. Mana lagi bagus & lebih berdaya saing? Orang Melayu yang masih lagi ‘degil’ tidak mahu bergantung harap dengan hubungan & sokongan politik semata untuk berjaya atau orang Melayu yang masih lagi mengharapkan bantuan & silap mata daripada orang politik untuk berjaya?
Suka untuk kami mengimbau kembali hasil tulisan popular Pendeta Za’ba yang pernah dinukilkan sekitar pada tahun 1927 :

Maka keadaan kehidupan anak2 Melayu sekarang……mereka telah kena perabdikan dan kena picit dan perah dan ramas ditangan pemerintah2 nya. Iaitu pemerintah2 daripada bangsa mereka sendiri.

Berdasarkan kajian yang dilakukan dasar ekonomi yang ada dilakukan selama ini meletakkan :

40% daripada rakyat Malaysia mempunyai pendapatan kurang dari RM1500 sebulan? Dan 75% dari kumpulan tersebut adalah orang Melayu?
8 juta lebih Melayu masih lagi mempunyai pendapatan kurang dari RM1500. Anda anda salah seoarang daripada yang termausk dalam golongan ini?

Bukankah dasar ekonomi yang dilancarkan Datuk Najib yang disebutkan sebagai Model Ekonomi Baru itu sebenarnya adalah lanjutan dari dasar ekonomi yang dicetuskan semasa di zaman Dr Mahathir?


Dicatat oleh ELBI RISALAH
Share this article :

Tiada ulasan:

Blogger Widget Get This Widget
 
Support : Creating Website | Johny Template | Mas Template
Copyright © 2011. Cananglahnie - All Rights Reserved
Template Created by Creating Website
Proudly powered by Blogger