Home » » APA BEZANYA KEM TAHANAN ISA DENGAN GUANTANAMO

APA BEZANYA KEM TAHANAN ISA DENGAN GUANTANAMO

Written By canang on Sabtu, 24 November 2012 | 11/24/2012 10:29:00 PTG




Dakwaan penderaan dan penyeksaan ini ditulis sendiri oleh tahanan ISA dan berjaya dibolos keluar dari Kem Tahana

n Kamunting.

Antara pengakuan mereka melalui nota bertulis tangan ialah dibogel, digantung terbalik dan dibelasah dengan objek tumpul selain didera di bahagian sulit dengan minyak panas dan puntung rokok. Tahanan juga dilumur dengan pes cili dan dicabut bulu kemaluan dan dipaksa ketuk ketampi dalam keadaan berbogel dalam tempoh sehingga 60 hari.
http://www.merdekareview.com/bm/news_v2.php?n=13193

-------------------------------------------------------------------------

“Untuk mendapatkan satu pakaian dalam yang baru, saya terpaksa mengunjukkan tuala ‘sanitary pad’ yang kotor. Saya telah dipukul dan sepanjang penyiksaan itu tidak ada seorang pun polis wanita yang hadir. Mereka selalunya bertanya pilihan saya sama ada mahu dibantai dengan sekeping besi ataupun papan.

“Walaupun saya tidak pernah menunjukan pilihan, mereka terus membantai saya dengan keras pada bahagian tapak kaki dan kaki saya.”

“Saya telah diangkut dengan sebuah kereta yang tidak bertanda, dialihkan kepada satu ‘Black Maria’ (kereta polis khas berwarna hitam) dan kemudiannya dibawa ke satu destinasi yang tidak diketahui di mana saya telah dibogelkan untuk hanya memakai satu pakaian yang longgar. Saya dinafikan kasut dan pakaian dalam dan juga cermin mata yang pernah saya gunakan sejak berusia sembilan tahun,”
http://mindarakyat0.tripod.com/2001apr/2001-1275.htm

---------------------------------------------------------------------------------
Seorang bekas tahanan ISA mendakwa, para tahanan bukan sahaja dipukul malah turut "dikencing" oleh pihak berkuasa kem tahanan di Kamunting, Perak dalam satu kejadian berdarah pada 2004.

Yazid Sufaat yang dibebaskan daripada ISA pada 2008, mendakwa tindakan itu dilakukan oleh "kira-kira 100 orang"

Tambahnya, ada di antara rakan-rakannya yang patah tangan dan rusuk, selain luka-luka serius dan menerima banyak jahitan.

Dakwanya, walaupun insiden kali ini tidak dilakukan oleh polis tetapi dalam kes lain terdapat kawan-kawannya menjadi mangsa polis semasa dalam reman.
http://www.malaysiakini.com/news/201506

------------------------------------------------------------------------------------------------

"Bahagian badan dan kepala beliau ditumbuk dan ditendang dengan kasut. Bahagian tulang beliau ditendang beberapa kali dengan menggunakan kaki.

"Kaki kiri dan tangan kiri beliau dipukul beberapa kali dengan menggunakan objek yang keras seperti kayu.

"Selain itu, beliau juga selalu dipukul dengan menggunakan botol yang berisi air," kata Sharmila http://www.malaysiakini.com/news/83127

    Share this article :

    2 ulasan:

    Tanpa Nama berkata...

    Jika di Gitmo,org bukan islam mendera org islam tetapt di Kamunting org islam sendiri mendera sesama islam.Itulah perbezaannya!

    Tanpa Nama berkata...

    nnt akan ada syaitan dikenali buat kenyataan yg mengatakan tahanan2 tsb memukul/ mencederakan diri sendiri.. kat dunia biar mereka2 yg diberi kuasa bermaharajalela..kat Akhirat nnt tahulah balasannya...

    Blogger Widget Get This Widget
     
    Support : Creating Website | Johny Template | Mas Template
    Copyright © 2011. Cananglahnie - All Rights Reserved
    Template Created by Creating Website
    Proudly powered by Blogger