PANAS! BN Cuma Tinggal 110 Hari Untuk Berkuasa!
Pastinya, khabar ini menggerunkan Umno dan Barisan Nasional (BN) tetapi inilah hakikat pahit yang mesti ditelan perdana menteri sekarang, Najib Altantuya.
Jika mengikut tarikh pembubaran parlimen ke-11 dahulu, iaitu pada 24 Februari 2008, BN kini hanya ada 110 hari sahaja lagi untuk memerintah Malaysia.
Bekas perdana menteri, Abdullah Badawi yang menghadap Yang di-Pertuan Agong pada tarikh tersebut sudah semestinya terkenangkan saat-saat bersejarah itu yang mengejutkan semua rakyat negara ini padahal sehari sebelumnya dia menafikan desas-desus bahawa parlimen akan dibubarkan.
Ternyata, Pak Lah bijak memperdaya rakyat Malaysia tetapi kurang bijak jika diukur dengan keputusannya.
Semuanya gara-gara kajian yang dilakukan Merdeka Center yang memberi rating 72 peratus kepada kepimpinan dan popularitinya yang membuatkan Pak Lah 'tersilau' dengan keyakinan palsu semata-mata.
Tanpa merujuk statistik sumber risikan polis dan tentera seperti kebiasaannya, Pak Lah dengan penuh yakin merasakan BN boleh terus mengekalkan majoriti dua pertiga yang dinikmatinya sejak merdeka 49 tahun lalu ketika itu.
Rupanya, semua ramalan tersebut palsu belaka.
BN tumbang di empat negeri selain gagal merampas Kelantan dari tangan PAS, manakala Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur kini lubuk Pakatan Rakyat.
Buat pertama kali dalam sejarah, Pakatan Rakyat berjaya menafikan majoriti dua pertiga BN dan menyapu 82 kerusi parlimen, meninggalkan BN cuma 140 dan hanya diselamatkan dari tsunami politik dengan kemenangan di Sabah dan Sarawak.
Sejak itu, lanskap politik Malaysia berubah 180 darjah.
Tiada lagi suara bingit ahli parlimen MCA, MIC dan Gerakan kerana lebih 90 peratus calonnya termasuk presiden MIC, Samy Vellu dan presiden Gerakan, Lim Keng Yaik tumbang di kawasan masing-masing.
Pak Lah cemas, hinggakan sidang media yang biasanya berlangsung lebih setengah jam cuma berlangsung tak sampai lima minit di sisi Najib Altantuya yang ketika itu timbalannya yang menang besar di Pekan.
Umno panik, kerana banyak juga menteri dan timbalan menteri tumbang kebanyakkannya di Kedah dan Perak serta di Selangor hingga memaksa rombakan kabinet dibuat bagi mengisi portfolio yang sudah kosong.
Di Sabah pula, dua hari sebelum perayaan Hari Malaysia, Parti Maju Sabah (SAPP) pimpinan Yong Teck Lee mengisytiharkan keluar BN dan dua ahli parlimennya di Tawau dan Sepanggar menjadi ahli parlimen bebas di dewan rakyat.
Daripada 140, kini BN tinggal 138 kerusi (tidak termasuk kerusi yang dimenangi di Hulu Selangor dalam pilihanraya kecil April 2009).
Pakatan Rakyat pula semakin mara dengan melancarkan serangan bertubi-tubi menggunakan apa sahaja maklumat hinggakan Pak Lah lemas dalam tekanan dan akhirnya terpaksa menyerah kalah pada 6 April 2009.
Walaupun Perak berjaya dirampas dengan taktik kotor Najib Altantuya, ia sebenarnya menambah kemarahan rakyat negeri itu setelah tiga ADUN Pakatan Rakyat dibeli dan keluar lalu menjadi ADUN mesra-BN.
Setakat artikel ini ditulis, BN sudah mula gusar ekoran khabar bahawa beberapa lagi pemimpin BN di Sabah akan keluar dan menjadi ahli parlimen Bebas.
Najib Altantuya sendiri sudah enam kali terbang ke negeri itu sejak awal tahun ini, petanda BN negeri kini cemas menghadapi kemaraan Pakatan Rakyat setiap kali Ketua Pembangkang, Anwar Ibrahim melakukan lawatan menjelajah hampir seluruh pelusuk daerah di negeri termiskin di Malaysia itu.
Daripada 25 kerusi yang ditawarkan, Pakatan Rakyat kini berpeluang memenangi lebih daripada 12 kerusi sekaligus mencerahkan peluang untuk berkuasa di Putrajaya selepas pilihanraya umum kelak.
Najib Altantuya kini menghitung hari memikirkan bagaimana BN boleh berkuasa semula di saat Pakatan Rakyat semakin menerobos ke kawasan luar bandar dan tanah rancangan FELDA memberi penerangan kepada rakyat bahawa BN sudah tidak lagi relevan memerintah Malaysia.
Justeru, 110 hari lagi yang berbaki pasti akan menjadi medan pertempuran paling sengit pernah terjadi dalam sejarah politik Malaysia sejak mencapai kemerdekaan pada 1957.
Pak Lah pula barangkai belum kebah dari 'demam tsunami' hingga pernah menyatakan hasrat berundur dari Kepala Batas tidak lama lagi!
110 hari, dan masa semakin mencemburui BN dan Najib Altantuya!
JALAN PULANG

Tiada ulasan:
Catat Ulasan