Home » » Mb kelantan Nik Abdul Aziz Nik Mat di masukkan ke ICU...SEMOGA SELAMAT HENDAKNYA

Mb kelantan Nik Abdul Aziz Nik Mat di masukkan ke ICU...SEMOGA SELAMAT HENDAKNYA

Written By canang on Rabu, 28 November 2012 | 11/28/2012 08:00:00 PG

Mb kelantan Nik Abdul Aziz Nik Mat di masukkan ke ICU...SEMOGA SELAMAT HENDAKNYA

Berita yang menggemparkan buat pencinta dan pengikut arena politik tanah air a

pabila Menteri Besar Kelantan, Datuk Nik Aziz Nik Mat dimasukkan ke Unit Rawatan Rapi, ICU Hospital Pakar Perdana, Kota Bharu, pagi tadi akibat diserang sakit jantung.

Menurut Timbalan Menteri Besar Kelantan, Ahmad Yaakob, Datuk Nik Aziz dikejarkan dengan ambulans ke hospital jam 6.30 pagi.
Antara yang melawat Datuk Nik Aziz petang tadi, Raja Perempuan Kelantan, Tengku Anis Tengku Abdul Hamid .

Turut menziarahi, Presiden Pas Datuk Seri Abdul Hadi Awang dan Menteri Di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Mustapa Mohamed yang juga Pengerusi Badan Perhubungan UMNO Kelantan.

Walau apa pun, tidak kira penyokong atau pengikut parti politik kerajaan mahupun pembangkang sama-samalah kita sedekahkan doa agarkan beliau sembuh seperti sediakala.

Sharekan Kepada Semua Orang Maklumat Ini Untuk Keberkatan Doa Semua Rakyat Jelata Agar Tok Guru Dapat Sembuh Kembali….AMIN
Sumber : BERNAMA
Share this article :

2 ulasan:

Aisyah M.Yusuf berkata...

Semoga beliau cepat disembuhkan kembali...Amin.

Tanpa Nama berkata...

assalamualaikum, didoakan semoga Allah memberi dan memberi rahmat dan keselamatan serta peliharaan kapada Tuan Guru Nik Abdul Aziz dengan kasih sayangnya.

"Ya Allah, Aku memohon kepada Mu Ya Allah Yang Maha Agung, Tuhan Arasy yang agung, supaya menyembuhkan engkau."

Blogger Widget Get This Widget
 
Support : Creating Website | Johny Template | Mas Template
Copyright © 2011. Cananglahnie - All Rights Reserved
Template Created by Creating Website
Proudly powered by Blogger