KUALA LUMPUR, 15 Dis – Berang dengan tindakan portal The Malaysian Insider atas laporan yang didakwanya di putar belitkan, Presiden Pertubuhan Pribumi Perkasa (Perkasa) Datuk Ibrahim Ali mengarahkan masyarakat Melayu di negara ini untuk membeli akhbar milik Umno, Utusan Malaysia kerana menurutnya hanya akhbar berbahasa Melayu itu sahaja yang mendukung perjuangan memartabatkan bangsa Melayu dan agama Islam di negara ini.
Ibrahim ketika ucapan penggulungan Persidangan Agung Tahunan Perkasa ketiga menegaskan, jika benar mereka merupakan Melayu beragama Islam dan menyokong perjuangan memartabatkan Melayu dan Islam, mereka harus membeli akhbar Utusan Malaysia.
“Kalau kita betul Melayu Islam, orang Melayu mesti beli, baca Utusan tiap-tiap hari.
“Rokok pun RM10.20, surat khabar RM1.50 tak nak beli ... balik janji dengan saya, beli Utusan (Malaysia),” katanya kepada perwakilan Perkasa daripada seluruh negara yang berhimpun di Kelab Sultan Sulaiman di Kampung Baru sini.
“(The Malaysian Insider) lain saya cakap lain dia terjemahkan ... Sinar (Harian) pun sama ... berita Perkasa hanya disiarkan sedikit,” katanya di hadapan perwakilan Perkasa
Tiada ulasan:
Catat Ulasan