Home » » Inilah Contoh Kezaliman Mereka

Inilah Contoh Kezaliman Mereka

Written By canang on Jumaat, 28 Disember 2012 | 12/28/2012 12:00:00 PTG


Inilah Contoh Kezaliman Mereka
Pada 29 September 1998, Anwar ke mahkamah dengan mata lebam. Imej itu menjadi simbol kezaliman Umno BN dan penentangan rakyat ketika era reformasi.
Rahim Noor kemudian didapati bersalah memukul Anwar. Pada 15 Mac 2000, Mahkamah Sesyen Kuala Lumpur menjatuhkan hukuman penjara dua bulan dan denda RM2,000 terhadapnya.


Menyingkap kembali keperitan dilaluinya semasa ditahan Umno BN di penjara Sungai Buloh, Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata, ada beberapa polis memohon maaf dan menginsafi kekejaman yang dilakukan anggota pasukan itu ke atasnya.

“(Selepas) dipukul setengah mati, komandan kem jumpa saya pagi esoknya (dan) saya tengok dia menangis…Dia tunduk, pegang lutut saya dan mohon maaf.“Saya tanya sebab apa, awak pukul (saya)? Dia jawab tidak (bukan dia yang pukul). Dia kata, semalam beliau dan isteri solat hajat minta saya selamat.

“(Kemudian) dia kata, ‘kalau saya ada wang (dan) boleh jaga keluarga, saya akan berhenti (menjadi polis). Saya tak boleh tahan dengan kerja macam ini’,” cerita Anwar kepada 50,000 hadirin pada Ceramah Kebangkitan Rakyat di Dungun, Jumaat lalu, mengenang kebaikan beberapa anggota polis terhadapnya ketika ditahan pada 1998.

Ekoran kejadian tersebut, Ketua Umum KEADILAN itu mengingatkan bahawa bukan semua polis menurutnya, ‘jahat’ seperti mantan Ketua Polis Negara (KPN), Tan Sri Abdul Rahim Noor.

Ini terbukti apabila seorang anggota polis turut datang dan menyapu ubat pada lukanya, selepas polis peringkat atasan melarang doktor memberi rawatan.
“Seorang korporal polis ada bawa ‘Tiger Balm’ (ubat sapu), dia datang dan sapu (pada luka). Itu sahaja rawatan untuk beberapa hari,” kata Anwar.

Pada 29 September 1998, Anwar ke mahkamah dengan mata lebam. Imej itu menjadi simbol kezaliman Umno BN dan penentangan rakyat ketika era reformasi.
Rahim Noor kemudian didapati bersalah memukul Anwar. Pada 15 Mac 2000, Mahkamah Sesyen Kuala Lumpur menjatuhkan hukuman penjara dua bulan dan denda RM2,000 terhadapnya.

Bagaimanapun, sehingga hari ini, tidak ada siasatan bebas mengenai penglibatan Umno BN dalam serangan terhadap bekas Timbalan Perdana Menteri itu pada malam 20 September 1998 oleh Rahim Noor, KPN ketika itu.

“Selepas 14 tahun, serangan mengerikan itu masih menjadi trauma seluruh negara,” kata Naib Presiden KEADILAN, N Surendran.

Beliau merupakan peguam Anwar untuk kes perbicaraan insiden mata lebam yang sepatutnya berlangsung 16 Oktober lalu tetapi dibatal setelah Tan Sri Musa Hassan menarik balik saman fitnah terhadap Anwar berhubung pemalsuan keterangan laporan perubatan oleh beliau dan Ketua Pasukan Pendakwa Raya, Tan Sri Abdul Gani Patail.
Surendran berkata, ketika ditangkap, Anwar diikat tangan, ditutup mata, ditampar dan ditumbuk berulangkali sehingga jatuh ke lantai.

“Dalam keadaan separuh sedar, darah keluar dari mulut dan hidung, Anwar dinafikan hak mendapat rawatan. Malah dipaksa menandatangani perintah tahanan ISA (Akta Keselamatan Dalam Negeri).

“Pegawai tertinggi polis ada di tempat kejadian. Namun tidak seorang pun yang mengambil tindakan membuat laporan,” ujarnya.

Pada malam tersebut, Anwar ditangkap secara salah oleh pasukan khas polis yang menerima arahan kerajaan Umno BN diketuai Perdana Menteri, Dr Mahathir Mohamad ketika itu.

Tangkapan dan serangan itu sebahagian dari perancangan Umno BN mensabitkan Anwar dengan salah laku seks dan pertuduhan rasuah, selepas beliau dipecat pada 2 September 1998.

Namun kes berkenaan mendapat liputan meluas antarabangsa dan desakan berterusan mengheret Rahim ke penjara serta dipecat dari jawatannya sebagai ketua nombor satu dalam PDRM.

Lebih teruk, kata Surendran, Anwar hanya diberi rawatan selepas empat hari serangan dan dalam keadaan itu, beliau dipaksa memberi keterangan.

“Pada 1 Oktober 1998, Dr Mahathir berbohong kepada rakyat Malaysia dengan mengatakan bahawa kecederaan itu dilakukan Anwar sendiri,” katanya. ~




IKLAN!!!!



Share this article :

Tiada ulasan:

Blogger Widget Get This Widget
 
Support : Creating Website | Johny Template | Mas Template
Copyright © 2011. Cananglahnie - All Rights Reserved
Template Created by Creating Website
Proudly powered by Blogger