Home » » Ketabahan seorang ulama.

Ketabahan seorang ulama.

Written By canang on Selasa, 25 Disember 2012 | 12/25/2012 03:00:00 PTG



Ustaz Dato' Tuan Ibrahim Tuan Man terpaksa berjalan kaki ke arah pintu masuk Felda Jengka 12 setelah pihak RELA menurunkan palang dan menghalang kenderaan-kenderaan peserta Kembara Oren Selamatkan Felda memasuki felda tersebut untuk ke masjid menunaikan solat asar.

Dari gate RELA ke Masjid agak jauh juga, tapi tak dapat dipastikan apakah Ustaz Tuan Ibrahim ditumpangkan oleh seseorang selepas mengharungi perjalanan kaki sejauh itu. Jika Ustaz Dato' Tuan Ibrahim berjalan kaki sepenuhnya dari parking kereta ke masjid Jengka 12, dianggarkan jarak jalan kakinya petang itu adalah kira-kira 1 km.

Jarak dari parking kereta Ustaz Tuan Ibrahim ke pondok RELA tersebut dianggarkan sejauh 200 meter.

Selepas perundingan, kebanyakan kereta dibenarkan masuk selepas solat asar.

Tiada kejadian tidak diingini berlaku dan pihak Rela -walaupun agak lambat- akhirnya beralah dan membuka palang.

Alhamdulillah, Kembara Oren dapat menunaikan solat asar dengan tenang di masjid Jengka 12 dan seterusnya ke Markas PAS Jengka 12 untuk acara minum petang.








Share this article :

Tiada ulasan:

Blogger Widget Get This Widget
 
Support : Creating Website | Johny Template | Mas Template
Copyright © 2011. Cananglahnie - All Rights Reserved
Template Created by Creating Website
Proudly powered by Blogger