Seramai kira-kira 300 penunggang motosikal berkuasa tinggi hari ini berkumpul di hadapan Sri Pentas- Media Prima Berhad (MPB) untuk menyerahkan memorandum mendesak pengacara Mazidul Akmal Sidek memohon maaf secara terbuka.
Kumpulan tersebut, antaranya daripada Motor Corner dan ARC Selangor, turut mendesak program Majalah 3 membuat permohonan maaf secara terbuka dan terperinci.Kumpulan motosikal itu tiba di perkarangan Sri Pentas kira-kira jam 12 tengah hari.
Kelihatan kira-kira 30 anggota polis di kawasan sekitar Sri Pentas.Sebelum menyerahkan memorandum, kumpulan itu berhimpun di pintu masuk Sri Pentas dan melaungkan "Kami bukan bukan pelesit", "Get out Mazidul" dan "Kami sayang TV3".
Memorandum telah diserahkan oleh wakil kumpulan motosikal, Mohd Shahid Tasiran kepada Pengurus Kanan Perkhidmatan Pengurusan MPB, Alwi Husni Yahya.
Posted by Addin Deen at 12/23/2012
Tiada ulasan:
Catat Ulasan