Home » » PAS jadi pilihan tepat, Umno sudah tiada bisa lagi.

PAS jadi pilihan tepat, Umno sudah tiada bisa lagi.

Written By canang on Rabu, 26 Disember 2012 | 12/26/2012 09:45:00 PTG

BEKAS pegawai-pegawai kerajaan, masuk Umno cerita biasa. Malahan, ada yang sudah menjadi ahli Umno ketika mereka masih memegang jawatan penting. Itulah sebabnya, ada yang lebih Umno dari orang Umno, kalau mereka bersuara. Ramai juga yang Umno pilih bekas-bekas pegawai kerajaan ini, untuk bertanding atas tiket BN.

Di Johor misalannya, Dato’ Baderi Dusuki, Ketua Umno Bahagian Tenggara adalah bekas Pegawai Kerajaan Negeri (JCS) sebelum menjadi Adun Panti.

Boleh dikatakan, setiap kali pilihan raya, ada seorang Pegawai JCS akan diarahkan meletakkan jawatan dan diberi tempat bertanding antaranya Dato’ Zahar Bachik (Dun Parit Raja); Dato’ Zainal Abidin Md Zin (Dun Sengarang) dan ramai lagi.

Tetapi, berbeza benar sekarang ni, bekas pegawai kanan kerajaan, lebih senang menyertai PAS daripada memilih bersama Umno, apabila mereka bersara.

Mereka bukan pegawai biasa, malahan bekas Ketua Setiausaha Kementerian (KSU), bekas Timbalan KSU dan pengarah-pengarah kanan.

Malahan, ada yang pernah bekerja rapat dengan menteri dan tentunya banyak rahsia menteri yang diketahuinya.

Mustahil, jika bekas TKSU Kementerian Dalam Negeri (KDN) tidak tahu banyak hal-hal keselamatan dan penyiasatan. Cuma, mereka beretika untuk tidak mendedahkannya.

Jesteru, mereka sudah tidak mahu menelan semuanya, menyebabkan mereka memilih untuk meninggalkan Umno, parti pemerintah yang sudah bernyawa ikan, ibarat telor di hujung tanduk.

Presiden Umno, Dato' Seri Mohd Najib Tun Razak dan timbalannya, Tan Sri Muhyiddin Mohd Yassin tentunya terkejut apabila bekas Ketua Jemaah Nazir Kementerian Pelajaran Malaysia, Ahmad Zabidi Shamsuddin; AJK Umno Bahagian Gopeng, Cikgu Nazri Nordin; bekas TKSU KDN Dato’ Ismail Hamzah, bekas Pengarah Kanan LPP Abd Rahman Taib menyertai PAS.

Bekas Pengarah Sumber Manusia JAKIM, Yusof Hassan; bekas KSU Kementerian Tanah dan Pembangunan Koperasi, Dato’ Prof. Dr Nik Zain Nik Omar; bekas Ketua Siasatan Jenayah Bukit Aman, Dato’ Fauzi Shaari; dan ramai lagi, kini memilih PAS sebagai wadah perjuangan selepas mereka bersara.

Mustahil Najib tidak terkejut apabila Ahli MT Umno, Dato' Seri Lajim Ukin bertindak keluar Umno dan melepaskan jawatan sebagai Timbalan Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan.

Punya hebatnya Lajim, sampai hari ini tiada seorang pun ahli parlimen dari Umno yang layak menggantikannya sebagai Timbalan Menteri.

Walaupun mereka berdua buat-buat tidak kisah dengan semua perkembangan ini, tetapi kerisauan tetap menyerang jiwa mereka.

Manakan tidak, selain bekas-bekas pegawai kanan kerajaan memilih untuk menyertai PAS, lebih merisaukan kepimpinan Umno, walaupun PAS diserang dengan begitu hebat, artis juga memilih untuk bersama-sama parti ini.

Hairie Othman, Bob Lokman, Aishah Ariffin, Abby Abadi, Leman Raja Lawak, Noreyn Aziz, dan Adam Hamid merupakan ahli PAS sekarang, sementara penyair Pyanhabib, bekas pemain bola sepak, Abdullah Ali, Radhi Mat Din dan ramai lagi, tidak berselindung untuk terus bersama PAS dan sedia menjadi ahli parti tersebut seumur hidup!

Boleh dikatakan, setiap hari, media massa khususnya media elektronik dan media cetak menyerang PAS dengan cerita-cerita yang menakut-nakutkan massa, namun tiada siapa memperdulikannya.

Malahan, berbondong-bondong para ilmuan, professional dan orang-orang terkenal memilih untuk bersama-sama PAS, apabila mereka melihat sikap kepimpinan Umno yang tidak pernah mahu berubah.

Seringkali mereka disuapkan dengan ucapan retorik, janji-janji manis yang tidak pernah mahu menunjukkan mereka sedia meninggalkan rasuah, penyelewengan sikap tidak bertanggungjawab.

Dalam tangan bekas-bekas pegawai kanan kerajaan ini penuh dengan maklumat. Mustahil, Fauzi Shaari yang pernah menjadi orang nombor tiga dalam Polis DiRaja Malaysia tidak tahu mengenai "rasuah, penyelewengan dan sikap tidak bertanggungjawab" pemimpin-pemimpin Umno.

Andaikata Fauzi ada "hal" sepanjang tempoh perkhidmatan beliau dalam PDRM, tindakannya ini, sudah tentu menjemput pelbagai pendedahan daripada pihak Umno.

Namun, mereka tidak mempunyai sebarang peluru untuk "menembak"Fauzi.

Bayangkan, bagaimana teruk serangan yang dibuat terhadap Dato' Seri Anwar Ibrahim dan Timbalan Presiden KeADILan, Mohd Azmin Ali.

Jika itu dijadikan perbandingan, mana-mana pegawai kerajaan yang berpuluh tahun berkhidmat dengan kerajaan, tentulah "ada yang mereka dedahkan" sebaik sahaja mereka bertindak menyertai PAS.

Selama ini, Umno berjaya menakut-nakutkan pelbagai pihak, orang ramai, kakitangan kerajaan dan pegawai-pegawai kanan, kononnya parti-parti pembangkang tidak sehebat Umno dan BN.

Malangnya, cakap-cakap mereka ini sudah tidak berkesan. Tiada siapa takut dengan ugutan Umno ini lagi. Mereka berani berdepan dengan risiko, walaupun mereka semua masih mempunyai anak dan menantu yang bekerja dengan kerajaan.

Bekas pengarah pelajaran perak, Dato' Adnan Ibrahim yang bertindak masuk PAS memberitahu, ramai guru-guru menjadi mangsa Umno dan BN bila mereka diketahui tidak menyokong Umno.

Selama ini, pemimpin-pemimpin Umno memikirkan artis tidak akan hidup jika tidak berlakon dengan drama-drama yang diterbitkan RTM.

Namun, sekarang, artis-artis ini tidak pernah risau dengan semua itu. Mereka rela diuji dengan ujian-ujian buatan Umno ini kerana mereka mahu menegakkan kebenaran!

Biasanya, mana-mana pegawai kerajaan yang memilih untuk menyertai pembangkang, mereka tentulah tahu bahawa diri mereka bersih.

Berbeza dengan mereka yang enggan menyertai pembangkang, bimbang rahsia penyelewengan mereka dibongkar jika mereka memilih untuk tidak bersama Umno dan BN.

Tindakan bekas Menteri Penerangan, Tan Sri Abd Kadir Sheikh Fadzir;bekas Menteri Kesihatan, Dato Chua Jui Meng; bekas Ahli Parlimen Batu Berendam, Mohd Tamrin Ghafar; dan ramai lagi, betul-betul memberi isyarat kepada Umno dan BN, bahawa mereka masuk usia bersara menjelang PRU-13 akan datang.

Ada sesiapa yang berani menyerang Kadir, Jui Meng dan Tamrin? Tentulah jawapannya tidak kerana mereka takut diserang balas oleh ketiga-tiga bekas orang kuat BN ini.
Share this article :

1 ulasan:

Tanpa Nama berkata...

Kenapa tak ada komen nie?

Blogger Widget Get This Widget
 
Support : Creating Website | Johny Template | Mas Template
Copyright © 2011. Cananglahnie - All Rights Reserved
Template Created by Creating Website
Proudly powered by Blogger