Home » » Perhimpunan Agung 'TERAKHIR' Gerombolan 'PERASUAH TEGAR'

Perhimpunan Agung 'TERAKHIR' Gerombolan 'PERASUAH TEGAR'

Written By canang on Sabtu, 1 Disember 2012 | 12/01/2012 08:00:00 PG



KUALA LUMPUR: Ucapan dasar Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak pada Perhimpunan Agung Umno hari ini merupakan bayangan kepada rakyat bahawa parti itu sudah hilang kewibawaan.

“Ucapan Najib tak seperti ucapan yang pernah disampaikan Presiden Umno terdahulu. Sepatutnya dalam perhimpunan begitu, Najib bicara soal dasar dan polisi, bukanny

a menghentam dan caci maki Pakatan Rakyat,” kata Setiausaha Agung KEADILAN, Datuk Saifuddin Nasution Ismail.

Najib pagi tadi menyampaikan ucapan penuh prejudis terhadap Pakatan Rakyat khasnya Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim, di hadapan perwakilan Umno.

“Najib hanya menyerang Anwar dan Pakatan. Sejak 14 tahun lalu Anwar sering dijadikan sasaran untuk serangan peribadi oleh pemimpin Umno,” kata Saifuddin ketika dihubungi.

Tambah Ahli Parlimen Machang itu, kenyataan Najib membayangkan betapa takutnya jika beliau dan Umno kalah dalam pilihan raya nanti.

Malah ia juga tanda perhimpunan itu adalah yang terakhir untuk Umno sebagai kerajaan, kata Saifuddin.

“Umno sudah selesa memegang kuasa selama 55 tahun. Sekarang mereka tahu mereka bakal kehilangannya. Sebab itu mereka jadikan perhimpunan ini sebagai tempat untuk caci, maki Pakatan Rakyat,” katanya.

“Ucapan Najib dan pimpinan Umno langsung tidak membawa kebaikan kepada bangsa dan agama.

“Perwakilan pula dengan membuta tuli ikut sama dengan ucapan tak berfaedah. Itulah Umno…,” kata Saifuddin.

Oleh Aisha Geoffrey
Share this article :

Tiada ulasan:

Blogger Widget Get This Widget
 
Support : Creating Website | Johny Template | Mas Template
Copyright © 2011. Cananglahnie - All Rights Reserved
Template Created by Creating Website
Proudly powered by Blogger