Home » » SUDAH TIDAK RELEVAN!!! Big Boss Sinar Harian belasah Brahim Ali

SUDAH TIDAK RELEVAN!!! Big Boss Sinar Harian belasah Brahim Ali

Written By canang on Selasa, 18 Disember 2012 | 12/18/2012 10:10:00 PTG

SUDAH TIDAK RELEVAN!!! Big Boss Sinar Harian belasah Brahim Ali

SHAH ALAM - Sinar Harian tidak akan melayan kenyataan Presiden Perkasa, Datuk Ibrahim Ali yang mendakwa akhbar ini sebagai memecah-belahkan hubungan kaum, kata Pengarah Urusan Kumpulan Media Karangkraf, Datuk Hussamuddin Yaacub (gambar).

Menyifatkan Ahli Parlimen Pasir Mas itu sebagai individu yang sudah tidak relevan dalam politik 

di negara, Hussamuddin berkata, beliau yakin rakyat Malaysia juga sudah muak dengan kenyataan retorik beliau.

"Pembaca juga tahu konsep Sinar Harian yang telus dan tulus tanpa memihak kepada mana-mana individu atau kelompok tertentu," katanya, semalam.

Beliau berkata demikian ketika diminta mengulas kenyataan Ibrahim dalam akhbar perdana semalam bahawa beliau 'jelik' dengan laporan Sinar Harian dan sebuah portal web kerana didakwa menyiarkan hanya sebahagian kenyataannya sehingga dilihat seolah-olah menghina kaum lain.

Ibrahim dilapor berkata demikian semasa menggulung perbahasan Perhimpunan Agung Tahunan Perkasa Ketiga, kelmarin.

Untuk rekod, pada 2009, Sinar Harian diiktiraf media yang memupuk semangat perpaduan apabila menerima Anugerah Kalung Perpaduan 2009. ~sinar






Share this article :

2 ulasan:

kampong lad berkata...

tak releven = dinasour = terkeluaq ring

Tanpa Nama berkata...

bro u berapa umor? berapa tahun masok politik? u masih ingat watan, mingguan perdana semuanya pro pembangkang dekat dekat pilihanraya mereka swing 100%, org melayu confuse lalu beralih pada bn, pikirlah bro jg bodo sangat, karangkraf itu org umno,

dari-org sarawak

Blogger Widget Get This Widget
 
Support : Creating Website | Johny Template | Mas Template
Copyright © 2011. Cananglahnie - All Rights Reserved
Template Created by Creating Website
Proudly powered by Blogger