Home » » Terkini Banjir Di Pantai Timur...

Terkini Banjir Di Pantai Timur...

Written By canang on Jumaat, 28 Disember 2012 | 12/28/2012 08:00:00 PG

Bencana Banjir Makin Buruk! Mohon doa semua !

Keadaan banjir di Terengganu, Kelantan, Pahang dan Johor bertukar buruk hari ini apabila jumlah mangsa banjir meningkat kepada 23,103 malam ini berbanding 21,800 orang petang tadi dan 14,930 pagi hari ini.

Berikut info terkini : 

1) Menurut portal Jabatan Pengairan dan Saliran (JPS), paras air Sungai Golok di Rantau Panjang, Kelantan dan Sungai Dungun di Jambatan Jerangau, Terengganu telah melebihi paras bahaya setakat pukul 5 petang ini.

2) Di TERENGGANU, keseluruhan mangsa banjir yang berada di pusat penempatan banjir sehingga pukul 11 malam ini meningkat kepada 15,833 berbanding 14,894 orang petang tadi.

3) Di KELANTAN, jumlah mangsa banjir mencatatkan peningkatan walaupun pusat pemindahan di tiga jajahan iaitu di Machang, Tanah Merah dan Kuala Krai ditutup tengah hari tadi.

Menurut portal rasmi kerajaan negeri, jumlah yang ditempatkan di 28 buah pusat pemindahan di empat jajahan ketika ini adalah seramai 7,000 orang berbanding 6,757 orang pada sebelah pagi tadi.

Peningkatan ketara jumlah mangsa yang berpindah itu adalah di Tumpat berikutan limpahan air Sungai Golok yang kini masih berada di paras bahaya.

4) Di PAHANG, jurucakap Bilik Gerakan Banjir Ibu Pejabat Polis Kontinjen Pahang berkata keadaan banjir beransur pulih dengan jumlah mangsa banjir yang ditempatkan di pusat pemindahan di Kuantan dan Pekan semakin berkurangan.

Jumlah mangsa yang masih berada di pusat pemindahan adalah seramai 448 orang setakat jam 11 malam ini.

5) Manakala 13 orang adalah mangsa terbaru yang dipindahkan di Johor.

Sumber : http://portalbanjir.mkn.gov.my/
Share this article :

Tiada ulasan:

Blogger Widget Get This Widget
 
Support : Creating Website | Johny Template | Mas Template
Copyright © 2011. Cananglahnie - All Rights Reserved
Template Created by Creating Website
Proudly powered by Blogger