Home » » Ustaz dalam DAP... asalkan bukan umno.

Ustaz dalam DAP... asalkan bukan umno.

Written By canang on Isnin, 17 Disember 2012 | 12/17/2012 06:00:00 PTG

Ustaz dalam DAP... asalkan bukan umno.

Othman Salleh, 52, , pula meminati DAP kerana imej bersih parti itu. 

Dengan imej berkopiah, tiada sesiapa akan menyang

ka beliau seoarang ahli DAP.

Menurut Othman, beliau percaya penglibatannya dalam DAP memberikannya lebih ruang untuk menyumbang kepada masyarakat.

Namun, kadangkala beliau berhadapan cabaran menangkis persepsi orang ramai terhadap keahlian Melayu dalam DAP.

"Orang tak suka Melayu masuk DAP. Orang ingat masuk DAP macam tukar agama," katanya.

Bagaimanapun, beliau yakin kepentingan orang Melayu tetap terbela di bawah DAP kerana kepimpinan tertinggi parti terbukti mampu bekerjasama dengan pimpinan PKR dan PAS yang rata-ratanya Melayu.

Shari Othman, 58, juga mengiyakan kenyataan Othman.

Beliau yang mengasaskan cawangan Damansara Bistari SS2, Petaling Jaya Utara nyata gembira dengan penglibatan pemimpin setempat DAP dengan masyarakat Melayu di kawasannya.

"Sembelih lembu korban selama ini dapat seekor sahaja, tapi bawah DAP kami dapat dua ekor lembu dari YB Tony Pua," katanya.

Menurutnya, surau di kawasan Damansara Bistari juga telah menerima peruntukan sebanyak RM20 ribu di bawah pentadbiran DAP.

"Mana ada DAP anti-Melayu, anti-Islam. Umno yang anti-Islam," katanya.

Beliau turut gembira dengan gaya tadbir DAP yang tidak banyak kerenah birokrasi atau pilih bulu.

"DAP ini senang berurusan, tak banyak soal, lengkap (dokumen) apa yang diperlukan, permohonan kita diluluskan," katanya
Share this article :

Tiada ulasan:

Blogger Widget Get This Widget
 
Support : Creating Website | Johny Template | Mas Template
Copyright © 2011. Cananglahnie - All Rights Reserved
Template Created by Creating Website
Proudly powered by Blogger