Akhirnya pihak yang zalim tetap akan tertewas
Semalam saya menulis tentang isu UMNO yang saya katakan tidak mampu bertahan lagi. Kali ini saya suka untuk mengiyakan apa yang ditulis oleh Harakahdaily yang desakan untuk Muhyiddin menyelamatkan UMNO itu sebenarnya wujud lebih-lebih lagi setelah timbul tuduhan Deepak terhadap Najib dan isterinya dalam berbagai-bagai isu. Tidak payah di sebut lagi isu yang dihadapi oleh Najib suami isteri kerana isu itu berkumandang setiap hari dan menjadi bualan ramai di mana-mana kita berjumpa sesiapa.
Tidak kurang ramainya di dalam UMNO yang sudah bertekad untuk mendesak Muhyiddin mengusahakan permintaan supaya Najib mengundurkan diri dan beliau (Muhyiddin) mengambilalih kepimpinan UMNO untuk menyelamatkan parti itu tersungkur bersama Najib. Bagi saya seorang, usaha untuk memberhentikan Najib itu memanglah satu usaha yang sepatutnya telah dilakukan lama dahulu. Tetapi oleh kerana permainan politik yang berkepentingan peribadi itu lebih dari kepentingan parti, kerajaan dan rakyat, usaha itu tidak dapat dilaksanakan.
“Siapa yang hendak memberitahu Najib itu” merupakan persoalan yang telah ditanya oleh ramai pemimpin UMNO dan saya telah mendengarnya semasa saya masih menjadi ahli parti itu. UMNO sedar yang Najib akan membuat UMNO terkubur jika beliau masih mengetuai parti itu. Tetapi adakah betul jika UMNO berharap untuk Muhyiddin mengambil alih kepimpinan?
Pertamanya jika Najib diundurkan maka setiap ahli kabinet yang ada termasuk Muhyiddin sepatutnya berundur sekali kerana mereka semua ini adalah ahli-ahli kabinet lantikan Najib. Jika Muhyiddin mengambil alih imej parti akan menjadi seperti biasa sahaja dan tidak akan ada perbezaannya. Ini adalah disebabkan mereka semua ini datangnya dari acuan yang sama....hanya namanya sahaja yang berlainan. Tidak seorang pun di dalam kabinet itu yang sepatutnya mengambil alih. Jika Najib di gantikan oleh Muhyiddin ia bukan perubahan namanya.
Isunya ialah bagaimana hendak menukar persepsi rakyat itu. Sebenarnya untuk menukar persepsi rakyat terhadap UMNO itu ia mesti bersama dengan siapa atau kumpulan mana yang menerajui parti itu.. Najib dan Muhyiddin ini merupakan pemimpin yang mempunyai satu mentaliti dan jika perubahan pimpinan UMNO itu adalah di antara manusia yang sama sahaja, sikap dan nilai kepimpinannya pertukaran itu tidak akan memberi makna kepada UMNO. Imejnya akan sama. Isu rasuah yang terlekat kepada UMNO itu akan masih menjadi stigma kekal kepada parti itu dan semuanya sama.
Yang sangat perlu ditukar ialah wajah UMNO itu sendiri dengan imej parti yang berlainan dan ini boleh dilakukan jika UMNO berani bertindak untuk menukar semua pimpinannya yang ada dalam Majlis Tertinggi dan Kabinet yang ada pada hari ini. Pertukaran besar-besaran ini akan membawa harapan baru kepada UMNO untuk berhadapan dengan rakyat yang sudah begitu jemu dengan kelakuan dan sikap serta nilai barisan kepimpinan yang ada pada hari ini.
Rakyat sudah begitu jelak dengan isu-isu skandal kewangan dan rasuah yang terbongkar setiap minggu dan bulan sejak beberapa tahun yang lalu. Kesemua isu ini melibatkan rasuah dan salahguna kuasa yang melibatkan wang rakyat. Keadaan ini seolah-olah tidak dapat diperbaiki lagi dan rakyat telah memberikan persepsi yang UMNO ini sentiasa melakukan kerja-kerja bagaimana hendak mencuri dan membaham harta rakyat tanpa malu dan silu.
Jadi kalau ada usaha dalam UMNO yang inginkan Muhyiddin mengambilalih Najib, ia hanyalah merupakan permainan politik dalam UMNO. Kelemahan yang terdapat kepada Najib itu diambil kesempatan oleh pihak yang ingin mengambilalih kepimpinan negara. Usaha sebegini tentulah ada ‘pengarah’nya dan orang ramai boleh membuat andaian yang agak tepat tentang perkara ini.
Itulah sebabnya saya pernah menulis dengan panjang lebar tidak berapa lama dahulu yang musuh Najib bukannya parti pembangkang tetapi musuh yang paling bahaya untuk Najib ialah dari dalam UMNO itu sendiri.
Dalam posting yang lepas saya telah mengatakan dengan jelas yang UMNO tidak mampu bertahan lagi. Keadaan ini tidak dapat sesiapa nafikan kerana ramai rakyat sudah hilang keyakinan terhadap UMNO. Apabila rakyat nampak permainan intra parti UMNO itu menyebabkan UMNO kehilangan keyakinan terhadap parti itu.
Tiada siapa dalam UMNO yang sayangkan parti itu. Jika ada rasa sayang kepada partinya tentulah UMNO khususnya kepada pemimpin-pemimpinnya membuat tindakan drastik dengan menukar kepimpinannya secara besar-besaran. Kalau ada sesiapa dalam UMNO yang mengaku mereka berkorban itu hanyalah cerita dongengan untuk menyedapkan ucapan di khalayak ramai semata-mata.
Hanya Pakatan Rakyat mesti berusaha menjauhkan sikap seperti yang ada di dalam UMNO itu jika mendapat mandat rakyat. Bagi orang Melayu mereka tetap mempunyai tuah kerana PAS mampu untuk menjadi pengganti kepada UMNO kerana parti itu jelas begitu serius dalam pertarungannya untuk membela bangsa Melayu dan Islam dengan sepenuh kudrat yang ada.
Pandangan saya ini tentulah dibantah oleh penyokong tegar UMNO, tetapi itu tidak menjadi masalah kepada saya kerana saya yakin apa yang saya perkatakan ini akan terbukti dalam masa yang tidak berapa lama lagi. PAS berkemampuan untuk bekerjasama dengan semua bangsa di negara ini kerana Islam itu adalah agama yang adil dan saksama.
PAS mempunyai kerjasama yang begitu rapat dengan DAP yang sangat di gusarkan oleh UMNO di tambah pula dengan sokongan PKR yang memberikan impak yang begitu besar terhadap keutuhan Pakatan yang bertujuan untuk kebaikan bersama itu.
Bagaimana pun akhirnya ketentuan Maha Pencipta jugalah yang akan terlaksana. Tetapi percayalah, perjuangan menentang kezaliman itu adalah perjuangan yang pasti mendapat kejayaan. -http://aspanaliasnet.blogspot.com/

Tiada ulasan:
Catat Ulasan