Bodoh, memang tak senonoh betul. Tu ungkapan pertama yang kuar dari mulut Abe bila pertama kali Abe baca berita ni... Berita yang tak senonoh ni... Kali punya kaji untuk nak sahihkan cerita ni, memang banyak maklumat yang Abe dapat. Memang SAH, Restoran yang tak bermaruah ni memang betul2 wujud. Tujuan Abe siarkan cerita ni tak bermaksud untuk nak mendorong korang semua berminat nak pegi ke restoran ni, niat Abe cuma mahu kita semua 'alert' supaya tak terdorong untuk singgah ke Restoran yang jijik seumpama ni... Nuazubillah... Ni Abe 'cut&paste' cerita ni sekadar untuk Info... Ingat, jangan terpengaruh...
New York - Pastinya ada di antara kita yang teringin untuk menikmati hidangan makanan dalam keadaan yang sungguh nyaman dan selesa supaya selera kita tidak mati tatkala diri sedang kelaparan. Pastinya pilihan utama bagi pengunjung untuk menjamu selera di kedai-kedai makan atau restoran lebih tertumpu kepada keenakan dan pelbagai jenis hidangan makanan yang disajikan.
Tidak mustahil bagi pemilik restoran Nude Restaurant, New York, John Ordover untuk memberikan kelainan dalam konsep dan tarikan pelik bagi restorannya itu. Nude Restaurant atau ‘Restoran Bogel’ merupakan restoran yang mewajibkan para pengunjungnya berbogel terlebih dahulu sebelum dibenarkan masuk untuk menjamu selera. Selain itu, para pengunjung juga harus menggunakan slogan ‘No Hot Soup’ sewaktu menjamu selera dalam restoran itu.(memang TAK SENONOH)
Uniknya, restoran itu hanya dapat membenarkan seramai 50 orang sahaja pengunjung dari golongan tertentu masuk bagi memberikan keselesaan dan ruang privasi dalam satu-satu masa. “Restoran ini biasanya kami hanya sewakan untuk private party, untuk kalangan atasan di bandaraya ini,” kata John.
1 ulasan:
memang ada manusia dah teruk dari binatang
Catat Ulasan