Home » » Kita berjaya mendidik kerajaan, polis dan lain-pihak yang selama ini angkuh

Kita berjaya mendidik kerajaan, polis dan lain-pihak yang selama ini angkuh

Written By canang on Ahad, 13 Januari 2013 | 1/13/2013 08:27:00 PG



Kita berjaya mendidik kerajaan, polis dan lain-pihak. 

Kejayaan perhimpunan hari ini adalah sesuatu yang kita tuai dari perhimpunan-perhimpunan sebelumnya.

Kita didik mereka, terutamanya para pemimpin BN yang akuh dan sombong agar memahami hak-hak rakyat dan memberikannya. 

Mereka menafikannya sebelum ini. Namun hari ini, mereka terpaksa akur.

Kita telah membuktikan bahawa selama ini kita betul dan juga membuktikan bahawa selama ini mereka salah.

Kita menyatakan bahawa berhimpun secara aman hak kita. Berlaku kekecohan kerana tiada kerjasama yang sepatutnya dari pihak yang berkenaan.

Hari ini kita buktikan bahawa perhimpunan kita aman jika tiada provokasi.

Kita buktikan hari ini masalah lalu lintas dapat diatasi dengan adanya kerjasama dari semua pihak.

Kita buktikan hari ini bahawa para peniaga boleh mendapat untung berlipat ganda dari perhimpunan aman ini.

Kita buktikan bahawa kita hormat dan kasih kepada anggota polis apabila mereka benar-benar menjalankan tugas mereka.

Kita akan buktikan bahawa BN akan ditolak dalam pilihanraya akan datang.



Hishamuddin Abdul Aziz

GAMBAR MENARIK  #HKR 112KL KLIK SINI
Share this article :

1 ulasan:

Tanpa Nama berkata...

Takpe lah kali ni kita ucap tahniah kepada pihak polis sebab tak kacau. Kalau deme nak angkat bakul sendiri seperti yang dicakapkan oleh Ketua Polis Daerah Dang Wangi dalam berita petang tadi pun tak pelah. Bagi depa syok sendiri sekali sekala, mereka pun dah letih.

Blogger Widget Get This Widget
 
Support : Creating Website | Johny Template | Mas Template
Copyright © 2011. Cananglahnie - All Rights Reserved
Template Created by Creating Website
Proudly powered by Blogger