Home » » LISTEN! LISTEN! LISTEN! Bukti kadar jenayah dimanipulasi PDRM didedah oleh MyWatch...

LISTEN! LISTEN! LISTEN! Bukti kadar jenayah dimanipulasi PDRM didedah oleh MyWatch...

Written By canang on Khamis, 17 Januari 2013 | 1/17/2013 07:55:00 PTG

Bukti kadar jenayah dimanipulasi PDRM didedah oleh MyWatch...

KUALA LUMPUR, 16 Jan — Kumpulan pemerhati jenayah, MyWatch hari ini mendedahkan bukti kaedah yang digunakan oleh Polis Diraja Malaysia (PDRM) untuk memanipulasi data kadar jenayah bagi menunjukkan penurunan seperti yang didakwa oleh mereka sebelum ini.
Dalam satu sidang media hari ini, pengerusinya R Sri Sanjeevan mendedahkan PDRM hanya menggunakan kategori jenayah indeks bagi mengira turun naik kadar jenayah tetapi tidak mengambil kira jenayah bukan indeks dalam pengiraan Bidang Keberhasilan Utama Negara (NKRA).

"Sidang media hari ini adalah untuk menunjukkan kadar jenayah bukan indeks dimana PDRM tidak mengambil kiranya dalam NKRA.

"Seperti yang kami tegaskan sebelum ini, jenayah bukan indeks wajar diambil kira kerana ia menyumbangkan kepada persepsi masyarakat terhadap jenayah di Malaysia," kata Sanjeevan.

Dalam sidang media hari ini, Sanjeevan mendedahkan dokumen sulit dari Bukit Aman yang mengakui jenayah bukan indeks telah memberikan kesan yang negatif keatas masyarakat terhadap jenayah.

"Namun demikian, jenayah bukan indeks yang mempunyai jumlah besar telah memberi impak negatif kepada masyarakat terhadap jenayah.

"Jenayah seperti culik, pemerasan, ugutan jenayah dan mencederakan (Sek. 323 K.K) bagi tempoh Jan-Jun 2012 adalah sebanyak 6, 631 kes manakala jumlah bagi tempoh masa saa 2011 adalah sebanyak 6,752," tulis dalam sepucuk surat ditandatangani oleh Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Bukit Aman Datuk Mohd Bakri Mohd Zinin yang didedahkan oleh MyWatch hari ini.

Menurut Sanjeevan, berdasarkan dokumen yang diedarkan kepada media hari ini ia sudah cukup membuktikan pihak polis telah memanipulasi dengan hanya memasukkan jenayah indeks dalam NKRA mereka tetapi tidak jenayah bukan indeks.

Di Malaysia, PDRM membahagikan jenayah kepada dua kategori iaitu indeks dan bukan indeks - jenayah indeks merupakan jenayah yang kerap kali dilaporkan dan memberi kesan yang mencukupi sebagai petunjuk kepada situasi, manakala bukan indeks pula ialah jenayah tanpa kekerasan dan tidak dapat dikesan.

"Kami minta Ketua Polis Negara Tan Sri Ismail Omar dan Menteri Dalam Negeri Datuk Seri Hishammuddin Hussein untuk menjelaskan perkara ini.

"Sepatutnya NKRA kadar jenayah mengambil kira jenayah bukan indeks kerana jumlah kes yang dilaporkan adalah banyak, malahan pihak berkuasa dan Putrajaya tidak pernah mendedahkan kepada umum mengenai jumlah kes jenayah bukan indeks ini," gesa Sanjeevan yang mahu polis menjawab dakwaannya tersebut dan mendedahkan kepada umum jenayah bukan indeks kepada umum.

MyWatch kemudiaan mengedarkan kepada wartawan jenayah bukan indeks iaitu kecurian kenderaan seluruh Malaysia daripada Julai-September 2011 sebanyak 17,645 dan dalam tempoh sama pada 2012 meningkat 3.5 peratus kepada 18, 269.

"Seperti jenayah mencuri kenderaan ini, ia tidak diambil kira dalam NKRA. Tetapi kes seperti ini adalah melibatkan orang awam seperti saya dan anda semua," kata Sanjeevan.

MyWatch merupakan sebuah badan bukan kerajaan yang mendapat sokongan daripada bekas Ketua Polis Negara Tan Sri Musa Hassan dan lantang mengkritik pasukan polis melibatkan beberapa perkara terutamanya dalam statistik jenayah dan juga campur tangan politik dalam agensi penguatkuasa tersebut.

Pada tahun lalu, Musa meminta kerajaan supaya mengkaji semula statistik kadar jenayah atau membuktikan dakwaan mengatakan statistik tersebut dimanipulasi adalah tidak benar untuk menunjukkan kadar kejayaan polis di tengah-tengah penelitian awam terhadap keselamatan.

Bekas KPN itu menambah, langkah ini adalah penting kerana dapat membantu mengurangkan kebimbangan awam terhadap peningkatan dalam kadar jenayah walaupun terdapat inisiatif kerajaan untuk menjadikan negara ini lebih selamat.

Pengarah Bidang Keberhasilan Utama Negara (NKRA) PEMANDU Eugene Teh pada Julai 2012 mengeluarkan statistik segar menunjukkan bahawa indeks jenayah di Malaysia menurun sebanyak 10.1 peratus dari Januari hingga Mei tahun ini apabila dibandingkan dengan tempoh sama tahun lepas.

PEMANDU sebelum itu mengeluarkan angka fakta indeks jenayah menurun sebanyak 11.1 peratus dari tahun 2010 hingga tahun lepas manakala jenayah jalanan menurun 39.7 peratus dalam tempoh sama.

Pentadbiran Datuk Seri Najib Razak juga menuduh media memainkan laporan jenayah dan menegaskan kes terpencil dan tidak tepat menunjukkan peningkatan dalam kadar jenayah di seluruh negara.


http://www.themalaysianinsider.com/





Photobucket KOPI TERHANGAT DI PASARAN CUBA SEKALI PASTI MAU LAGI  Photobucket


Share this article :

Tiada ulasan:

Blogger Widget Get This Widget
 
Support : Creating Website | Johny Template | Mas Template
Copyright © 2011. Cananglahnie - All Rights Reserved
Template Created by Creating Website
Proudly powered by Blogger